Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Dibalik tabir filem terhebat

Bila realiti disebalik tabir sesebuah filem didedah...kita pasti akan kata..laa macam tu rupanya.

Seni atas bumbung

Bumbung rumah...apala sangat boleh kita buat. Nak tengok pun belum tentu lagi. Kalau bangunan mungkin tapi takla kat sini. Apala sangat ertinya berhias...terutama yang megah berdiri tinggi. 'Takda sapa nak tengokla...nanti heli nak landing mana?'

Ok...lain plak di New York, ada sebahagian atas baugunan disana dihias atau lebih tepat lagidah macam laman rumah. Pelbagai gaya dapat dilihat, Alex MacLean seorang jurufoto berjaya mempamerkan satu subjek gambar berdasarkan ruang.

Dari taman atas bangunan di Fifth Avenue hinggala gelanggang bola keranjang di Manhattan berjaya beliau rakamkan dalam tajuk ‘Up on the Roof’.

Doraemon yeh..yeh

Salam sejahtera. Doraemon satuu icon yang sinonim dengan orang di Malaysia...dari yang sekecik budak sampai sebesar budak semua bleh layan je. Dengar je lagu semua tau tapi bleh ke kita layan yang macam ni.

Cakap bangang sahla...

Aku pelik perangai pemandu yang ada...banyak kali cakap, kat petrol pam jangan merokok, jangan cakap dengan telefon, jangan hidupkan enjin...macam2la jangan yang boleh mendatangkan bahaya. Takkkk buat juga.

Nak kata bebal...keta mewah menjalar, dressing tak ingat tapi napa macam ni lagi. Sikap tak ambik peduli. Nak ditegur besar dah...payah nak cakap. Tu la jadi kat sorang mamat ni...dah benda2 tadi aku cakap takleh apatah lagi lighter...sengal betul.



SUMBER:www.dailymail.co.uk

Jom kita ke Kuala Linggi

Salam sejahtera semua. Aku cuma nak kongsi tempat biasa aku pegi kalau berkelah. Mudah dan tak sesak sangat...macam PD tu biasa sangat sampai air pun tak ingat warnanya. Jaraknya dengan KL pun takla jauh sangat...sekurangnya dapatla lari dari kesibukkan kotaraya.

Mimmy batik

Jimmy Palikat...ni jawap balas segala persoalan..

Senjata bunuh Zomba

2012 tahun kehancuran dunia...yela tu pandai2 je. Nabi yang taraf kekasih Allah pun tak tau, nikan kita manusia cikang...macam2la teori dah serap dalam minda kita. Boleh terpesongkan.

Zaman kebangkitan mayat hidup 'Zombie Apocolypse' yang dicanang2 akan berlaku, maka 2 kedai senjata api kat Jonesboro, Atlanta, dah mula ambik langkah berjaga2. Memperkenalkan....


Senjata terulung abad ni yang mampu membunuh mat2 'zomba'...dilengkapi 9 bekas peluru purata 30 isi setiap satu, 4 lampu suluh, 3 laser tuju dan 3 teropong jarak jauh sejauh 100,200 atau 300 batu jauhnya. Pasti 'zomba' takda peluangla...nanti jap...'zomba' kan dah mati,...jadi apa guna bunuh apa yang dah mati?..hahaha fail.

Dash Yonkuro

Kemas2 barang dalam kotak mainan semalam terjumpala benda ni...ingat lagi?. Pernah jadi kegilaan...Dash Yonkuro. Kereta mini 4WD keluaran TAMIYA.

Dash Yonkuro adalah dari karakter manga popular tentang perlumbaan Mini 4WD. Hasil ciptaan Zaurus Tokuda merupakan manga yang paling berjaya dalam genre "Martial-Style Racer". Siri animenya telah berjaya menebusi pasaran Italy, Korea Selatan dan Filipina sekitar 90an tapi di Malaysia pada 1998. Kita selalu yang last2 je.


Bila teringatkan balik zaman kanak2 dulu bestnya...adala gak aktiviti riadah luar, berbanding budak2 sekarang...sayangnya masa2 indah tak dihargai.

Kita semua hero

Ayuh semua BANGKIT!

Salam sejatera. Aku teruja betul rasanya minggu ni...Jumaat lepas dalam perjalanan ke masjid aku dengar satu lagu ni...melodinya menarik dengan senikata unsur2 kebangkitan...sempat dengar sikit je.

Masa khutbah pun pasal kebangkitan...ironi rasanya. Berasa aku ditakdirkan untuk mendengar...kerna takda pun istilah kebetulan...setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Jadi aku balik carila lagu ni.

Tajuknya Bangkit...dari DJ Fuzz ft. Altimet & Salam. Aku dengarla satu persatu senikatanya, memang bagi aku mudah difaham tapi berkias. Janganla dengar melodinya saja.

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Biar kita berbeza gaya, rupa, idealogi...kita tetap sama dimataNYA. Sebelum kita menuntut perubahan semasa...apa kata kita ubah d…

Punch kad

Bagi yang biasa bekerja benda alah ni biasala kan...


Tapi ni dulu...sekarang dah takda mesin ni...kalau ada tu bawak2 la tukar. Sekarang dah moden pakai jari je...lagi canggih pakai rentina mata. Takdala peluang nak minta tolong2 punch...kena 'punch' bolehla.

Bila cakap pasal punch kad teringatla zaman coupling...bleh dikatakan setiap kali pegi memana mesti 'punch'. Abg dah sampai...abg nak pegi sana..abg nak tido. Sekarang?...alhamdulilah tetap sama gak. Bezanya sekarang 'punch' lebih bermakna lagi indah lagi BAIK punya.

Sayang I love u...

Sapa lagi laju

Biarla video ni menerangkan segala pertanyaan...hanya perlu tengok dan aaaaaaaaa..



SUMBER:www.worldcarfans.com

Mamat hijau

Hari tu aku bagi Encik Sotong...kali ni mamat hijau plak. Ada tak yang dah cuba?. Rajin2la diri tu buat (macamla aku rajin)...macam aku cakap..'chick magnet ni'. Lagi banyak yang di buat makin ramai yang datang. Dah macam jurujual.

Buatla plan2 ye...dah banyak susun wat pameran plak.


SUMBER: www.xavierleo.co.uk

Budak merokok takleh tapi kita?

'Bang ada lighter tak?'...apa reaksi kauorang bila tetiba seorang budak datang cakap macam tu. Terkejut?...jawapan yang pasti...budak2 mana boleh hisap rokok, bahayala.

Disebabkan itu, Ogilvy Asia telah mereka satu rangka video promosi kesihatan di Thai untuk memberi penjelasan 'terus' kepada umum bahayanya rokok. 'Smoking kid', video dimana kanak2 diberikan rokok ditangan dan disuruh meminta lighter pada perokok dewasa berdekatan.

Reaksi mereka dirakam, dimana nanti sekeping kertas tertulis 'You worry about me. But why not about yourself?'...adakah kita akan tersentap?.



SUMBER:www.tobaccofreekids.org

Jadual makan Mcd ditren

Letih rasanya bila tunggu tren tak sampai2..rugi je masa terbuang macam tu je. Disebabkan itula McDonald di Warsaw, Poland berjaya mereka satu pengiklanan menarik pelanggan singgah yang terletak dalam 150 meter dari Pusat Sehenti Keretapi Warsaw.

Jadual waktu kedatangan trendiubahsuai dengan info berapa dan jenis makanan yang sesuai makan sementara menunggu...'Hamburger Timetable' telah menjadi sensasi dimana peningkatan sebanyak 4,500 pelanggan yang singgah dalam bulan pertama iklan dipamerkan dimana pelanggan sudah mula menunggu McD dari duduk di platfom tren.

Main peta CUBE

Dari tinjauan rawak aku...masih ada yang tak tau akan kewujudan 'Google Cube'. Ais cube ke?.


Satu permainan 3D hasil ekperimentasi di Google Crome berdasarkan fungsi peta sebenar. Di ilhamkan oleh Venables Bell & Partners, sebuah kuib besar dibua, ada 8 peringkat, sebiji guli gergasi akan berguling mencari tempat dituju di beberapa lokasi bandar terkenal dunia. Tugas anda sebagai pandu arah agar tak sesat...sambil bermain dapat info. Menarik.



SUMBER:www.playmapscube.com

Makan atas pokok

Pernah pegi Naili's Place?...kat Bandar Banyan di Okinawa, Japan...ada sebuah sebuah restoran makan sama konsep dengan Naili Place. Tak taula sapa tiru sapa..terpulangla.


Tapi rekaan ni betul2 atas pokok...Banyan Treehouse Restaurant hanya menjual makanan tempatan dan organik segar dari ladang...jadi makanan barat takdala ye. Terletak 20 kaki dari tanah diatas binaan pokok gergaji telah menjadi mercu tanda bandar.


Racing tahunan

Guy Martin ni orang kata 'hati kering', tak gentar pada kelajuan dimana dia laju meluncur di jalan kecil di Isle of Man..betul2 gila dia ni. Pada yang tak tau Isle of Man adalah satu2nya tempat didunia selain Germanla kan yang tiada had kelajuan. Biar betik!. Bawakla berapa laju kau nak...mati tanggung sendiri.

Setiap tahun satu kejuaraan di buat kat sana, The Isle Of Man TT race, ternyata sapa yang masuk berada dalam kelas berbeza. Bagi yang minatkan kelajuan nila tempatnya...tapi setakat bawak 180 konon laju...fikir balik la.



SUMBER:www.iomtt.com

Cari muka dia

Salam sejahtera semua. Lama rasanya tak buat aktiviti mencabar minda...kalau handal cuba cari muka tersembunyi kat gambar ni. Aku sampaila ni tak jumpa2...sahla kepala dengan mata tak sepakat. Dah jumpa bagitau.


SUMBER:www.wafflesatnoon.com

Jus Tin Bibir

Sesapa peminat Jus Tin Bibir ni angkat tangan...ok ramai gak. Dengar plak dia ni dah keluarkan single baru...muziknya kali ni bagi aku matangla sikit...suara dah pecah kot.

Ala2 black R&B muzik...macam Usher. Mungkin dah bos dia kan pengaruh tu adala...lebih catchy rasanya. Dalam kepala dah bermain2 je...jadi aku carila kat u-tube. Korang mesti suka video klip ni...lain dari video rasmi. Versi upgrade 4.0



Ayat Labi...'Cantik bukan?...macam setan!'...hahaha...

Kelebihan Microsoft Surface

Rahsia Mcd terbongkar

Aku tertanya2 masa nak order...napa tak sama pun...dalam iklan punya mengiurkan...cukupla sifat sebiji burger tapi bila dijual aduyai kecewa.

McDonald Canada akhirnya buka cerita rahsia sesi fotografi pengiklanan dorang. Biasanya kita tunggu dalam beberapa minit nak dapatkan pesanan tapi untuk sesi ni terpaksa ambik berjam2...untuk hasilkan karya pembuka selera.

Setiap satu proses diberitahu...akhirnya kita akan kata...la macam tu ke.

Pengecas pone tanpa wayar

Mesti pernah kehabisan bateri pone tapi changer takda...pasti bengang je. Kalau la plak masa tu tengah baik sms dengan awek baru kenal.


Kini ada satu alat yang boleh change pone tanpa wayar. Bagaimana?...hanya ambik dari bateri opone orang lain. Hanya letak pone kita dekat2 kat pone orang yang nak kita pinjam...nanti secara automatikla ianya menarik kuasa bateri ke pone kau orang. Best kan.

Sedut saja pasir itu

Salam sejatera. Jepun...negara teknologi yang maju penuh dengan pelbagai ciptaan baru . Pasti ada je benda baru setiap hari...apa diorang ni tak penat idea ke?.

Kayu meletup

Pernah dengar apa tu kayu meletup...'stick bom'. Sejenis mekanikal kayu rata macam batang aiskrim yang dicipta secara boleh lentur. Bila digabung secara banyak disusun bersilang2, bila dilepaskan satu je pomp semua meletup. Tak faham...takpa tengok video ye



Tweet palsu

Nila akibat jika gambar di twitter di manupulasi...kalau benda bukan2 kan naya je...tapi dalam kes ni aku suka sangat...hihi. Jangan mara aaaaa


SUMBER:www.farm8.staticflickr.com

Superhero feminin

Kebanyakkan superhero yang ada kini didominasi oleh kaum lelaki...perempuan ada juga tapi yang popular boleh dikirala. Dan karakter dorang jarang2 nak diketengahkan...tapi apa kata kalau kita tukar beberapa karakter superhero ni jadi feminin....mana yang lebih hebat.

Realiti seorang PEREKA

Orang dilain mungkin menganggap kerja seorang pereka 'aka' designer macam hebat cool gempak. Realitinya tuhan saja yang tau...terutama yang terlibat dalam media pengiklan mahupun penerbitan. Kerja keras tak ingat...kalau syarikat ok maka berbaloila usaha...kalau tak aduyai nasibla badan.

Pendek kata tak kirala apa jenis media yang diceburi oleh para2 pereka...kita mungkin hero yang tak disanjung tapi sedarla satu perkara...kitala juara pemikir sebenar. Best bro.

SNES realiti

Kalaula game klasik SNES di buat semula berlatar belakang realiti macamna la ye.


SUMBER:www.youtube.com

Rompakla kalau terel

Salam sejahtera. Semalam aku pusing2la kawasan aku tinggal ni. Terjumpala satu kedai yang aku rasa jarang2 dilihat kat kedai2 yang sama jenisnya. Mungkin pemiliknya ada pengalaman dasyhat yang buat dia kini lebih berhati2...bagus gak tu tapi bagi aku dah macam sama kedai pajak la plak.


Jadi aku carila kat internet mana tau ada kedai lebih kurang sama...ada rupanya, kat Russia. Lagi hardcore rasanya. Kalau nak rompak pun fikir banyak kali..kira beranila kalau buat gak. Takpala...bagi pemilik kedai tu, ingatla pesan MJ...you are not alone...



SUMBER: www.dump.com

Aku tak faham

Salam sejahtera. Pagi ni tadi masa hantar wife pegi keja aku dengarla radio...ada lagu2 best layan. Bertambah bosan plak dengar bercampur bengang. Pagi2 orang nak pergi keja hidangkan isu2 yang bagi aku tak relevan langsung. Dalam erti kata lain tak membina minda. Mungkin ada kot kauorang dengar dan suka..takpa tu pilihan sendiri tapi aku rasa merapu.

Okla ada orang yang cakap pagi2 ni nak rilekla...layan je topik kira santai bagi semangat keja. Serius?. Lepas dengar macam tu kita boleh mulakan keja kaw2 semangat?. Biar betik ni. Topik perbincangan...'satu perhubungan terputus, sapa yang harus disalahkan...lelaki atau perempuan'...topik ni buat aku semangat?. Baik pasang je lagu.

Napala topik2 macam ni timbul lagi...kemudian orang ramai2 pun smsla, tweetla, fb la, call la bagi pendapat. Yang lelaki salahkan perempuan dan begitu sebaliknya...ada juga yang mengaku salah sendiri. Pendek kata masing2 beri pendapat dengan diselang seli DJnya cakap2 gelak....apa yang lawak sangat. …

Encik Sotong

Terasa tak tau nak buat apa?..apa kata kita rajin2 kan tangan buat sikit aktiviti...jangan wat benda lain k. Kita wat seni lipat...ala apa saja yang dilipatla...lipat kain, lipat cadar, silat lipat, lepat pisang...

Tapi ni kita nak buat lipat kertas...akhirnya jadila si Encik Sotong..tadaaaa!!. Aku minat seni ni...jadi kalau korang minat gak boleh muat turun link kat bawah cubala buat. Letakla tepi komputer kat opis...berserila sikit mata bila penat2 wat keja tu tengok ni jap.

Untuk para lelaki yang masih Han Solo...ini ibarat besi berani...'chick magnet' kata orang putih...(tak bertanggungjawap jika sebarang kemungkinan lain..hihi)


SUMBER: www.xavierleo.co.uk

Iphone ada 1 je..ni 2

Bila aku tengok pone ujian ni buat aku rasa...napala nak 1 touch screen kalau boleh dapat 2 belah. Nila NTT Docomo sedang usahakan dengan rekaan yang masih dalam peringkat ujian...2 skrin sentuh. Seolah2 macam pone ni takda cover belakang. BIla kita selalu guna sebelah je apala rasa 2 belah...cara pegang pun berubah...



SUMBER: www.techinasia.com

Katil kemas sendiri

Tido nak selesa tapi kemas malas...aduyai. Bawakla rajin2 kemas katil...tu ciri2 peribadi diri. Kalau tempat tido sendiri tak pandai urus macam mana nak urus hal2 lain.

Jerrypah

Salam sejahtera. Aku ni jenis suka dengar muzik sambil wat kerja..walaupun tengah membaca. Muziknya tak tetap asalkan sedap dihalwa telinga aku layan je...dari yang underground hingga mainstream. Aku dengarla satu lagu ni...sedap macam ala 60an...teringat tu lagu2 arwah A.Ramlie dengan The Beatles. Lagu ni mungkin lama dah keluar...tapi baru tadi aku dengar terus suka.

Video pun simple je takla serabut tengok...kena dengan konsep. Best bro.


SUMBER: www.youtube.com

Rumah jam termahal

Bila la rasanya nak ada rumah sendiri ni...insyallah tahun depan kot. Bila kau tengok rumah sekitar bertambah kuat dihati nak ada umah sendiri...macam2 nak bikin nanti. Tak kisahla rumah apa asalkan takla mahal sangat..rumah mampu milik.


Macam rumah condo kat Brooklyn ni...boleh dikategorikan sebagai rumah termahal dalam bandar. Namun pada kadar semasa ClockTower Penthouse ni telah susut nilai dari USD$25 juta (RM79+ juta) hingga  USD$19 million (RM60+ juta)...ala beza 10 juta je..(konon tak banyakla)

Yehh German!

Terbaikla...seperti yang sedia maklum...pasukan pilihan aku mara ke suku akhir. Terima kasih pada Bender...lu la hero aku.


Kasut LGBT

Isu LGBT hangat diperkatakan kat negara ni...dengan adanya usaha2 pihak tertentu nak bawa masuk fahaman sesaksamaan gender...semua adil sama rata. Mungkin niat diorang ni nak tambahkan umat Nabi Luth a.s...masha Allah minta simpangla.

Dah elok diciptakan Tuhan semua benda kat dunia ni berpasang2...tak sama jenis dan bentuk...napa yang sama gak dipilih...aduyai fail la. Ni pun satu lagi fail...Nike jenama sukan yang terkenal...dok ramai bangga pakaikan...la ni diorang pun rasa bangganya melancarkan edisi khas sempena kempen depa'BE TRUE 2012'. Ni sebagai tanda sokongan terhadap kejayaan majoriti gay dibandar New York, San Francisco dan Portland...turut direka beberapa siri t-shirt dan topi.

Hero di Simpsonkan

Simpons satu cerita kartun yang unik...satu icon keluarga Amerika dari tafsiran sebenar.

Atas dasar karekter yang terkenal diseluruh dunia, seorang pelukis illustrasi dari Kanada, Dean T.Fraser, telah mereka semula beberapa karakter kesukaan dijadikan ala2 Simpson. Hasilnya dipaparkan di blog,  didedikasikan khas untuk semua karakter yang di Simpson kan.

Ultimate CAT hero

Ala comelnya...


SUMBER: www.escapistmagazine.com

Doraemon

Doraemonadalah karekter manga popular di Jepun ciptaan artis Fujiko F.Fujiotelah wujud sejak 1970. Ianya berkisar tentang sebuah robot kucing ke 22, Doraemon, datang ke masa sekarang untuk membantu Nobita, seorang budak pemalas yang mana pada masa depan ketrurunannya akan menderita dari segi kewangan di masa depan diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

Aikoku Koushin..DoReMi

miyo tokai no sora akete
kyokujitsu takaku kagayakeba
tenchi no seiki hatsuratsu to
kibo wa odoru oyamashima
Ingat lagi lirik lagu ni?...lagu rasmi naik tikar terbang dalam filem Laksamana Do Re Mi terbitan Studio Merdeka tahun 1972 dan merupakan filem terakhir arahan seniman terulung Tan Sri Dr P. Ramle atau nama sebenarrnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh.

Lagu yang diajar pada penduduk tanah melayu pada zaman penjajahan Jepun akhirnya di jadikan lagu selingan oleh P.Ramlee. Melekat dlam kepala sampai sekarang...namun adakah kita tau makna sebenar disebalik lagu ini dan kenapa P. Ramlee ambik lagu ni.

Bagi pendapat aku...masa tu kita masih dalam usaha untuk membangunkan negara. Jadi pelbagai usaha untuk melihat kita jatuh...jadi ada lagu ni sebagai ingatan dan inspirasi kepada kita jika lalai tak mustahil dijajah kembali. Berusaha lebih lagi sayangkan negara bersama2...jangan tikam2 menikam.

Yang paling ketara masa tu P. Ramlee dah mulakan visi pandang ke Timur.

Iphone sebenar

Tahukah kauorang yang teknologi iPhone yang dok orang bangga2kan tu sebenaranya dah lama tercipta. Hartmut Esslinger, seorang pereka computer di Apple merupakan perintis kepada skrin sentuh (touchscreen) yang ada sekarang pada iPad dan iPhone.

Beliau jugala orang pertama membangunkan projek komputer mudah alih Apple namun hasilnya tak dipasarkan kepada umum sehinggala tahun 1997 ketika Steve Jobs kembali menerajui syarikat. Selama tempoh itu ia hanya tersimpan sebagai salah satu pencapaian bagi Apple bukan produk.

Big BEN 10

'Big Ben' LEGO dah pun diumumkan akan dikeluarkan. Tengok menarik gak..tapi bila la KLCC ke KL Tower plak nak keluar. Kalau dah maafla aku slow..:>



SUMBER:www.architecture.lego.com

Mark Zuckerberg yang kaya

Rata2 semua orang kenal sapaMark Zuckerberg, dari kenal para nabi...mamat yang pandai dok reka muka-buku. Teringat plak kat buku kecik 3-5. Dia ni dikatakan kaya kayon...betul ke?

Menurut infogarfik oleh Visually,  kalau nak dibandingkan si Zuckerberg dengan usahawan seusia berjaya yang lain seperti Alejandro Santo Domingo, Yang Huiyan dan Scott Duncan...apala sangat. Secara keseluruhanhartaZuckerberg hampir US$17.5 billion (RM54.3). Campur ketiga2 pencabar pun tak dapat lawan dia ni.

Dengan duit yang banyak tu dia senang2 je boleh beli 10 biji rumah dan 10 ferrari setiap minggu. Pehhh kayo. Akan tetapi siapa sebenarnya penyumbang kekayaan dia...fikir2kanla.

Tapi bagaimana?..

Dah tengok video klip Spider...tapi bagaimana. Video klip menarik..lain dari biasa, lagu menarik...layan la dengar, cuma...ada kata tak ori beb. Aduyai.

Idea yang diceduk dari filem pendek 'Sign'..pemenang filem pendek  Cannes Lion 2009. Aku dah tengok tapi kauorangla nilai sama ke tak. Bagi aku biasala meniru...semue orang meniru...dari dulu hingga kini. Kalau tidak kita tak merasala 'tablets' macam2 jenis.

Bukanla niat aku memalukan sesapa tapi kalau dah meniru terlampau banyak, hampir  80% tu tak releven lah dah...namun bukan salah sapa yang nak dicari tapi sapa yang malu bila camni jadi...mereka dan keluarga mereka...mungkin. :>

Memula layan dulu lagu...


Bandingkan dengan ni plak...

Coca cola matelic

Seorang pereka dari New york, Ryan Harc telah mereka satu konsep rekaan minimalistic untuk Coca Cola yang lebih eco-friendly dan 100% boleh kitar semula. Menarik

‘Colorless’, nama rekaanya di reka secara ukiran logo timbul dari kebiasaan Coca Cola yang bertandatangan merah putih. Dengan membuang warna secara tak langsung mengurangkan penggunaan tenaga semasa proses kitar semula.

Kan bagus semua tin macam ni..cool pe. Anda rasa?

SUMBER:www.7760.org