Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Nak bedah ke tak?

Seperti pernah aku cakap sebelum ni...illusi mata boleh mengelirukan kita.
Ni contoh apa yang mungkin seseorang tu rasa pada diri sedang realtinya tak.

Jadi janganla nak sibuk2 buat perubahan pada ciptaan yang cukup sempurna ni walaupun kita sememangnya takda yang sempurna.


Evolusi BATMAN 2

Salam sejahtera semua. Sebelum ni kita dah lihat revolusi logo Batman...apa kata kali ni kita tengok serba sedikit pasal evolusi sut Batman.

Ni sapa nak bayar?

Thor : Amer!..berapa duit saving kau?
Captain Amerika:  Mana ada....7 keturunan pun belum tentu settle ni..

Apa agaknya berlaku kalau ni situasi yang betul2...mana nak cekau duit beb. Ok mungkin alasan diorang superhero takyah bayar tapi serius sapa yang nak tanggung?.

Kalau la benda ni jadi dalam dunia nyata..kerosakkan yang besar memerlukan kos baik pulih yang besar gak. Silap2 Tony Stark (Iron Man) bleh bankrup ooo. Malah kosnya akan melebihi kos pemulihan masa ribut Katrina atau tsunami Jepun tahun lepas.

Mengikut kajian dari Kinectic Analysis Corporation, kosnya mungkin mencecah $160 billion US (kira2 RM 504.3 billion). Pehh banyak tu, kos pemulihan ribut Katrina baru $90 billion (RM290 billion) dan tsunami Jepun  $122 billion (RM380 billion).

Sapa suruh pandai2 lawan tengah2 bandar..tanggungla.

SUMBER:www.fooyoh.com

Katakan xnak pada JEM

Salam sejahtera semua. Tadi aku drive nak menghala ke kawasan bandar ternyata tahap jem x ingat. Kalau macam ni abiskan minyak jela. Nak guna pengangkutan awam macam LRT, jarak dari umah sah2 jauh. Lenguh kaki berjalan...kalau guna pun LRT x lalu. Bus plak dekat setengah jam tunggu sebabkan jem. ..rasa macam tak praktikal plak.

Terutama yang tinggal dalam kawasan padat penduduk...macam aku kat Kota Damansara ni, 'JEM' dah jadi satu rutin dalam hidup. Suka ke tak kena lalui gak. Bila dah macam ni teringatla satu projek mega 'MRT' untuk selesaikan masalah ni..kebetulan lalu kawasan rumah..cantikla tu.

Evolusi BATMAN

Batman  salah satu karekter superhero hasil kerjasama ciptaanBob Kane dan penulis Bill Finger . Diterbitkan oleh DC Comics. Penampilan pertamanya dalam Detective Comics #27  pada bulan May tahun 1939) dan seperti sedia maklum bukan lagi rahsia, Bruce Wayne adalah Batman. Tu serba sedikit maklumat pasal superhero yang langsung takda superpower hantya bergantung pada skil dan kepandaian diri. Tu yang buatnya unik dari lain2 karekter.

Sempena bakalnya muncul filem Batman yang terbaru...mari kita lihat evolusi logonya

Baju halimunan

Mata kadang2 boleh memesongkan apa yang kita pandang..tu ilusi mata namanya. Banyak pihak dah cuba buat teknik penyamaran tapi “Invisible Cloak Illusion” yang paling cool. Desiree Palmen seorang artist yang berjaya buat satu illustrasi penyamaran yang kira baikla dengan membuat kita percaya diri seolah2 sebati' dengan keadaan sekitar.

Superhero GAGAL

Ada macam2 superhero kat dunia ni...bukan real pun kan. Tapi tak semua jadi sesuper karakter dorang.(bagi akula)

power ranger + ultaman = king arthur gergasi.


cybercop + beetlejuice = kumbang tanduk

Sapa sebenarnya bertuah?

Salam sejahtera semua. Seperti yang sedia maklum Mark Zuckerberg saudagar jutawan muka buku dah menamatkan zaman bujangnya dengan teman wanitanya Priscilla Chai. Malah masa dia kawin pun bikin duit lagi...dah masing2 'like' staus dia. Bijak2.

BIla dah kawin ni semua akan memandang isterinya wanita yang bertuah...dapat laki kaya raya, bijak plak tu. Tapi siapa sebenarnya Priscilla Chai?.

Pameran lukisan halimunan

Satu pameran lukisan akan dibuat pada bulan June ni kat Hayward Gallery  di London dengan tajuk pameran ‘Emperor’s New Clothes' bertemakan gaya. Pameran yang bakl mengumpulkan 50 orang karyawan terkenal macam Andy Warhol, Yves KleinYoko Ono (isteri John Lennon) and Tom Friedman.

Salah satu tarikan pameran karya Tom Friedman ‘1000 Hours of Staring’.......

hanyala sekeping kertas kosong yang di tenung2 sang pengkarya selama 5 tahun.

Senang je ye..macam ni pun dah dipanggil seni...aku tak faham langsung.

SUMBER:www.telegraph.co.uk

Vs Tonggeng

Mana yang jadi pilihan?.

Aku lebih suka yang ni...sory hihihi

IKEA Camera Kadboard

IKEA pusat hiasan rumah impian sesetengah orang. Banyak rekaan diorang yang menarik...macam kena dengan tema apa kita hendak..tapi ada gak yang entah2 apa2. Kualiti tu no komen...bagi aku terpulang kepada si pembelinya. Pandai jaga ok je... kalau tak, kejap jela jahanam...tak kira apa brand pun.

Kini IKEA mengorak langkah baru dengan perkenalkan kamera kadboard pertama dan termurah (kat negara dorang la je kot) seumpamanya didunia. Bukan hiasan tapi boleh guna ye dan namanya 'KNÄPPA'. Bukan 'Kenapa bah kau berubah kenapa bah?!'.

Hasil kerjasama dengan Stockholm’s Teenage Engineering  maka terciptala Knappa yang diperbuat dari sekeping karboard di lipat, letak litar, letak camera, letak bateri dan letak USB...walaaa! jadi dah kamera.

Depan

Batman Vs Predator

Aku ni dah 'terset' dalam kepala pasal predator plak. Tak dinafikan ni karakter alien ciptaan Hollywood yang terbaik (antaranyala). Kalau tidak takkan diorang wat francise cerita tu, siap crossover lagi. Kita dah tengok Predator lawan musuh tradisi dia sang ALIEN..tapi pernah tak terfikir mungkin satu masa nanti diorang akan buat crossover dengan karakter lain gak. Antara yang jadi kemungkinan Batman ataupun Superman...sure best.

Sebelum jadi filem box office ada dah segerombolan kumpulan 'kipas-susah-nak-mati' (die hard fan) dah buat filem crossover ni. Walaupun simple dari segi efxnya tapi kira satu yang menarik gakla. Sut Batman fail la.

Besarnya swimming pool

Tau tak ada sebuah kolam renang yang terbesar di dunia di tepi pantai Algarrobo, sekitar 100 kilometer dari ibu kota Santiago, negara Chile.

Ini sebahagian dari resort mewah San Alfonso del Mar. Kolam yang menghadap pantai tengah Chile telah dinobatkan sebagai kolam air terbesar di dunia oleh Guinness World Record.
Penat kalau berenang saja ni...mau kebas tangan.

Seram dilebuh raya

Salam buat semua...malam2 jumaat ni biasala kalau kita dengar cerita2 seram kan. Ada satu peristiwa menarik berlaku kat kawan aku sorang ni. Katanya real story...kalau tipu biar dia kena sorok dengan bunian. Yela nak tipu pun apala dia dapat..kang ni makan dia. Agaknya kalau jual cerita ni kat Mejar David Teo boleh kot.

Ceritanya macam ni....
Salam buat semua...kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui hiway utara-selatan dengan menunggang motosikal.
Kisahnya begini..malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja..aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika..aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu..aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.

Sama tapi tak serupa

Salam sejahtera semua. Aku ada terbaca satu artikel sempena hari ibu ni.  Walaupun dah berlalu tapi aku sekarang nak ulas sikit..xpakan?. Ada berpendapat kita orang Islam xleh sambut..ada yang kata boleh. Jadi x sure mana nak dengar tapi apa yang aku tau, hari ibu ni setiap masa dan ketika. Xyahla tunggu satu hari khas...ibu kita dah jaga kita dari dalam rahim lagi sampai besar boleh blogging lagi...xkan nak pilih2 hari tertentu baru nak cakap terima kasih.

Bersempena hari ibu yang lepas, macam2 la yang berkaitan dibuat. Salah satunya lagu khas buat para ibu. Adala satu video klip ni...nyanyian Shaheizy Sam untuk 'mummy' dia. Tapi serampang dua mata gak..korang tgkla nanti fahamla maksud aku.

BIla tengok video klip ni adala yang cakap hampir sama dengan lagu Maher zain baik dari konsep lagu hingga ke video klip. Ni aku bagi kauorang bandingkan...



Predator dibalik tabir

Salam sejahtera semua. Baru lepas tengok cerita predator original tahun 1987.



Cerita terbaikla sepanjang zaman..sebabnya rasa teruja bila dulu tengok cerita suspen aksi macam ni..rasa macam real je. X macam sekarang lebih banyak dibantu CGI dari efx manual macam dulu.

Pernah kita terfikir sapala dalam sut 'binatang' tu. Yang tau hero jela tapi pelakon yang utama sebenarnya orang dalam sut tula. Tanpa dia, tak akan realnya jiwa 'binatang' durjana tu. Jom kita tengok sapa orang disebalik tabir sang PREDATOR ni.



Pehhhhhhh dashyat

Aku teringat kat sorang brader ni. Bila tengok hasil kerjanya terbaikla. Bleh tahan hasil kerjanya..world class. Kalau la aku dapat buat kan best..namun aku hanya semut kecik.

Megaman vs Transformers

Salam sejahtera semua. Mungkin kita masih dalam mood Avengers lagi kan..tu antara filem superhero terbaik duniala. Cuma dalam banyak2 aku rasa transformers gak terbaik walaupun cerita xla hebat mana pun. Karakter komik dari Jepun pun ok apa..macam ultraman. Lawan xingat. Superhero tempatan hebat2 gak cuma belum masanya dorang ni terkenal..tunggula lagi.

Kalaula antara karakter Jepun lawan Amerika...sapa yang lagi hebat ye.



SUMBER:www.break.com

Hitam putih warna kehidupan

Blog ni menarik untuk pencinta fotography. Setelah dipaksa...dibasuh..pendek kata dah dibrain wash jadi sekarang dah diAKTIFkan semula setelah sekian lama bersarang.  Harap ada lagi gambar2 yang terbaikla akan datang. Harap ada yang berminat rajin2la singgah. Blog kawan gak...promote geng x salahkan.

Kalau ada kawan2 nak promote blog sila2 tinggalkan jejak...boleh je...asalkan jangan bukan2 ye.

SUMBER: www.akupejorist.blogspot.com

Mak bapak...FAIL!!

Dalam dunia ni mana ada mak bapa yang x sayangkan anak...kecuali yang hati serupa binatang. Pelbagai cara ditunjuk semata2 untuk nenujukkan betapa sayangnya kat anak2..antaranya dengan beri hadiah, bertanya masalah ataupun yang biasa bergurau senda.

Tapi yang jadi masalah bila bergurau terlebih2 sangat. Ni yang jadi kat satu couple kat oversea. Konon nak gurau2 dengan anak last2...lu orang tengokla. Xtau nak cakap camne.

Bersaranya seorang jaguh

Salam sejahtera semua. Aku seorang peminat filem2 aksi. X kira la apa bahasa asalkan full action yang best aku layan...jenis2 lawan guna tracktor terbang tu sorry not in my list. Baru2 ni superhero filem aksi..xda sapa yang dapat lawan dia. Segala stunt sendiri bikin.. sapa lagi kalau bukan mr JACKIE CHAN.

Akhirnya setelah 34 tahun berlakon..tiba masanya kini untuk beliau mengundurkan diri. Lakonan pertama dulu 1978 Snake in the Eagle's Shadow. Sebelum betul2 menjadi pelakon, beliau lebih dikenali sebagai pelakon lagak ngeri (stuntman). Bruce Lee antara legenda yang pernah bertarung dengan beliau..tapi tu dalam filem..masa tu dia ni nobody lagi..watak klefe gitu.

Sebelum beliau betul2 bersara sempatla buat satu filem.."Chinese Zodiac" yang semua dia control dari menerbit, mengarah dan berlakon (pukul habis). Beliau berharap dalam 20 tahun akan datang lakonannya akan sentiasa diingati.





SUMBER: www.google.com

Yang mana satu betul?

Ilusi..itula gambar dibawah. Satu manupilasi situasi untuk buat kita berfikir benda yang bukan betul..satu seni yang menarik. Tapi macamnana?

Zirafah sembunyi

Salam semua. Lama x buat aktiviti minda macam ni.. apa kata kita rilex jap sambil tengok gambar ni. Kalau rasanya handal, cari zirafah tersembunyi. Jumpa?...kalau ye kau orang hebatla.

Tengok dan belajar..

Satu kisah pendek untuk kita belajar darinya....

Tutup mulut tu...

Salam semua. Lama rasanya aku x tengok iklan yang betul2 terbaik. Kebanyakkan iklan yang ada kreatifnya dari segi pembikinan jalan cerita...senang cerita teknikal terbaikla tapi maksudnya x smpai gak...gagal. Apa guna buat gempakkk last2 kita terpinga cipan.

Iklan ni bagi aku terbaik..serba lengkap. Cuma kalau xda elektrik x guna gak..:>

Star Wars alternatif

Star wars....dah abis kan?...atau bakal ada lagi?. Mungkin ye mungkin tak..tapi apa yang pasti hasil kerja dari filem ni memang terbaik. Dari segala aspek sentiasa dititik beratkan...apa pun aku suka poster dorang buat. Ada seorang pelukis ni, Christopher Lee hasilkan poster alternatif untuk yang original. Cool gak.


SUMBER: www.blog.thaeger.com

Superhero dulu dan kini

Tak tak kita yang sebelum adanya filem superhero hebat masa kini macam Avengers, Batman, Spiderman..x lupa gak Cicakman. Beberapa percubaan dah dibuat dengan menjadikannya realiti di kaca tv. Bila tengok balik memangla jauh beza...sekurangnya adala mencuba dan tengokla hasilnya sekarang.

Captain America

Pinball sebelum paintball

Seronok teringat zaman tengah membesar..macam2 aktiviti dibuat dengan macam2 jenis mainan yang dicuba. Salah satunya pinball. Ingat lagi?. Sebelum adanya mainan canggih atau tablet 'malet', ni permainan yang aku suka main.

Rasa makin teruja bila bunyi dapat point...skill kecekapan mata dan mata jadi pengukur kemenangan. Maka x heran ada yang sanggup buat sendiri pinball ni...terbaikla.

Bencana?!!..bertukarrr!!

Salam semua. Kita x mungkin dapat menjangka bila bencanakan melanda...tak kira masa dan tempat, maka bila berlaku apa kita nak buat?. Namun persoalan yang penting..selamat ke kita?. Berdasarkan beberapa siri kejadian yang sering berlaku maka terciptala sejenis beg penyelamat.

Sesuai digunakan disebarang situasi bahaya seperti gempa bumi, tanah runtuh, hujan batu di negara sendiri, sertai perarakan pembersihan ataupun serangan godzilla. Mungkin x seratus peratus berkesan atleast kita cuba kan.

Rock band nukilan peminat

Kumpulan2 top yang hebat lagi berbakat pasti ada peminat yang sama hebat. Mungkin bukan dari segi muzik tapi juga dari cabang seni lain..LUKISAN.

 ACDC
LED ZEPPELIN

Kebun mini

Salam semua. Aku ada terbaca pasal satu produk ni...agak menarik bagi yang rasa nak sangat bercucuk tanam tapi xda tanah dan masa. Sekarang dah boleh..memperkenalkan....

PostCarden

Aku happy je..

Salam sejahtera semua.. dah dekat beberapa hari aku x update apa2 kat blog ni. Bukan malas tapi mcm2 jadi dlm bebarapa hari ni..apa yg dirancang sekian lama hilang x sampai beberapa saat. Dah nama dugaan hidup. Aku terasa syukur sgt walaupun diuji..sebab still aku rasa happy. Ada plak org2 disamping bagi sokongan buat aku lagi teruja teruskan perjuangan.

Mak abah selalu pesan...biar susah, biar sakit, biar hilang segalanya, yang penting jgn putus asa jgn sesekali lupa Tuhan...semua yang baik datang dariNYA dan padaNYA kita berserah.

Setiap ujian ada rahmatnya..dugaan diberi pada umat yg terpilih bukan suka2 diberi. Tuhan kenal ciptaannya sebaik habis dari kita kenal diri kita sendiri. Tu la yang makin kuat rasanya..senakal2 aku, selalai2 aku, Tuhan tetap sayang gak..insyallah. Alhamdulillah.

Harapan bila dah mcm ni aku x terus alfa la, sambil lewa je...sentiasa ingat ada lagi 'MAHA' dari segala maha kat dunia ni.

Pada mereka yang asyik terasa diri kurang dari org lain tu inga…

Bangun Harimau Bangun

Video klip Bangun Harimau Bangun dari Malique...lama x tengok video klip beranimasi dari Malaysia. Last dri arwah Bob dengan apek. Terbaikla

Untuk yang bernama PEKERJA

BINJAI

Salam sejahtera semua. Korang tau tak apa tu BINJAI?. Apa yang aku tau dulu..."jgn sampai aku binjai2 kepala kau nanti!"..serius aku x tau pun binjai tu sejenis buah.  Biodata BINJAI.

Mata yang mengoda

Bila bercakap pasal mata..antara anggota kat badan yang paling bermakna untuk kita. Xdpt dibayangkan dunia gelap xda apa nak dilihat...apa korang rasa?. Mata tu satu keindahan yang x dpt disangkal lagi. Bak kata pepatah 'dari mata turun ke hati. Perumpamaan yang biasa kita dengar tapi apa yang kita betul2 rasa?..

Transformer?..betul ke ni?

Menarik bila tgk ni..adakah satu masa nanti akan adanya transformer?. Hanya masa akan menentukan.

Slow motion Parkour

Bila parkour di perlahankan apa rasanya....mungkin tidak. Parkour ibarat satu seni yang menarik. Tak kira apa pun gaya yang dibuat dan dimana2 pun seninya takkan hilang...begitu gak dengan animasi ni. Terbaik la.

Sapa sakit turun bawah

Bila pertama kali tengok gambar ni aku gelak..ingatkan manusia manala agaknya rajin sangat wat photoshop. Teringat lagu..'enjit2 semut sapa sakit naik atas' tapi yang ni sapa sakit turun bawah.
Rupanya beruang ni tengah khayal jatuh dari pokok..tu pun lepas kena tembak dengan peluru pelali. Tu yang pose  jatuh x ingat...ada stail la.
Hal ni jadi kat dalam kampus Universiti Colorado, U.S. Ni okla lagi tapi yang buat aku cian lepas beberapa hari lepas dilepaskan ke habitat asal...mati plak kena langgar dengan keta. Dah ajal..x jatuh pokok last2 kena langgar plak. :<



SUMBER:www2.tbo.com

Kerusi mudah bawa...mudah ke?

Salam sejahtera. Satu hari yg indah kan.. tambahan plak hari minggu ni...masa untuk berehat setelah penat bekerja..abiskan masa bersama keluarga atau wat aktiviti2 yg kita suka.(tidak bagi aku..kena keja). Rasa2nya apa benda kat atas ni ye?.

Cara memikat hati wanita

Salam sejahtera semua. Hari aku nak kongsi pasal sesetengah lelaki yang berfikir terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua.

Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya kerna di sebalik kelembutan seorang wamita itu terselit keegoaannya. Oleh itu belajarlah cara untuk menambat hati wanita yang anda sayangi.

Perginya seorang seniman..

Salam sejahtera semua. Buat sedia maklum pelakon, penyanyi dan pelawak negara Bob Kuman telah selamat kembali ke rahmahtullah pada pukul 4.38 ptg semalam. Bersama2 la kita sedekahkan Al-fatihah ..semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. amin.


SUMBER:www.mazidulakmal.com

Real Madrid real laa...

Salam sejahtera semua. Seperti yang sedia maklum Real Madrid telah berjaya menamatkan kemarau 4 tahun dengan menjuarai Liga Sepanyol setelah mengalahkan lawan dorang Athletic Bilbao 3-0. Walaupun ada lagi baki 2 perlawanan tapi kemenangan tu dah cukup mengesahkan diorang juara menewaskan seteru utama Barcalona.


Aku bukanla peminat tegar dorg ataupun mana2 team. Bagi aku sapa yang main untuk liga utama atau secara professional tu dah tahap terbaik. Semuanya hebat cuma nak cari sapa lagi hebat antara terhebat. Aku lebih suka tengok bola yang bermutu..kira ada rasa teruja bila tengok...sebab bagi aku bola tu macam satu seni. Buat aku teringatla satu perlawanan bola kelayakkan dunia ni. Bila dibandingkan team negara xla teruk sangat.

Broadband version 3.0

Bila gambar menerangkan segalanya..

Bola vs Bersih

Yang mana satu menepati matlamat?.. Tepuk dada sakitla kan..:>

Alhamdulilah..

Salam sejahtera semua. Aku nak kongsi pasal kereta yang aku bawa. Keta buatan negara..PERSONA ELENGANCE. Pasal Lotus ride and handling. Masa nak beli dulu salesmen asyik kasi tau pasal benda alah ni je. Aku iyekan je. Dah lama2 bwk rasa biasa jela xda apa sgt tp 2 hari lepas dan pagi tadi baru aku betul2 faham apa maksud dia. Aku nak terangkan pun tak pandai tapi tgk je video ni. Tapi aku taklah mengandung k.



Terima kasih lagi syukur pada Tuhan sudi panjangkan umur aku...kepada Proton keep up a good work. Ni lgla buat aku teruja nak tukar ke PREVE. Ada komen?..