Sedia maklum kelak 2km radius dari Lot 10 berlambak signboard 'JANGAN DERMA..DENDA RM150". Maklum balas diterima rata2 ambik kau keras dan pedas. Mungkin pak menteri berasakan Anjung Singgah yang bakal diperkenalkan akan lebih efektif berbanding Soup Kitchen sedia ada. Mana tidaknya ia akan diuruskan oleh2 orang yang so call 'layak' dalam satu 'entiti' (biasa camtula) yang tak akan mendapat apa2 keuntungan darinya...kira telus la tu.
Lagi pun kita takleh dengar sebelah pihak...so apa maksud pak menteri sebenarnya.
Oooo macam tu...kenyataan sering diputar belit sama macam mereka ni.
Pedih tapi inilah realiti yang kita tak nak akui. Biokrasi tak berkesudahan. Sistem yang ada ibarat pokok hanya perlu ditrim setiap masa bukan dicantas tanam baru...lainla kalau dah betul2 memudaratkan.
Terpulang pada anda menilai mana betul mana salah. Tak semua benda harus dikaitkan dengan politik dan tak semestinya kita jadi pengkhianat tak bersyukur menyokong belah kiri. Yang betul tetap betul, yang salah tetap salah...takda pilih kasih.
Comments