Mencari Ramli 2...

Tanpa kita sedari dah ada macam2 individu bernama Ramli…contohnya Ramli Sarip papa rock Malaysia, Ramli M.S otai muzik, Ramli Burger jaguh burger anak tempatan…jadi mengapa masih perlu lagi 'Mencari Ramli 2?. Apakah istimewanya individu bernama Ramli ni?.

Pemenang musim1 Mencari Ramli...dari kiri Adam Nor, Ariff Farhan dan Solehin

Bagi yang kurang sedar, "Mencari Ramli 2" sebenarnya salah satu program realiti khusus dalam mencari pemain2 berusia 16 tahun kebawah yang didorong rasa semangat dan keghairahan tinggi untuk dihantar ke kelab bola sepak antarabangsa agar bakat2 ini dapat digilap untuk persiapan kita dalam meningkatkan taraf bola sepak Malaysia dimasa depan.

Dengan adanya program seperti ini diharapkan pemain2 muda kelak menjadikannya satu platform bagi merealisasikan impian bola sepak mereka. Disamping itu ini dapak memupuk rasa bangga dan sokongan kuat dari pihak ibu bapa demi melihat potensi anak2 mereka sendiri berkembang maju. Secara tak langsung ianya menggalakkan semangat Team Malaysia melalui rancangan realiti ini.


"Mencari Ramli"  telah mula bersiaran pada tahun 2012 buat pertama kalinya dengan menyaksikan 30 pemain muda dari Sekolah Sukan Bukit Jalil diberikan peluang mempamerkan bakat mereka, di mana dua pemenang yang berjaya akan diserapkan ke dalam pasukan  Harimau Muda Bawah-21 dan seorang finalis akan dihantar ke  U.S Arezzo, sebuah kelab bola sepak bawah-17 di Itali  sebagai salah seorang penyerang.

Mencari Ramli 2 adalah susulan kepada kejayaan musim pertama dan kini diperluaskan ke seluruh negara. Sebanyak 12 lokasi  ujibakat telah diadakan sejak Februari hingga Mei.


Hanya mereka yang didalam kelompok 30 orang teratas layak ke peringkat akhir. Kelak dua pemenang akan dipilih oleh para hakim dan seorang melalui undian orang ramai dimana mereka bakal memenangi lawatan ke Old Trafford disambil berlatih di Manchester United Soccer School, selain itu biasiswa selama tiga tahun diberi sepanjang berlatih di Frenz United Football Academy.

Sesiapa sahaja boleh menjadi Ramli asalkan beliau mahir dan berbakat bermain bola sepak secara berpasukan dengan keghairahan tinggi untuk bola sepak. Beliau boleh dipilih dari kalangan penjaga gol, pertahanan, pemain tengah ataupun penyerang namun hanya bakat terbaik akhirnya dipilih.



SUMBER: www.tm.com.my/teammalaysia

Comments