Tak pernah terlintas dalam kepala bila aktiviti 'tidur' akan dibayar...serius aku suka. Ni benar2 berlaku di Hotel Finn yang terletak di tengah2 bandar Helsinki, Finland ada kekosongan jawatan untuk 'tidur' secara profesional.
Manusia bertuah ni akan menguji keselesaan 35 bilik dan akan menulis ke dalam blog tentang pengalamannya. Menurut pengurus hotel, Tio Tikka, 'orangnya harusla dinamik dalam penulisan yang berkualiti tentang penginapannya dihotel terbaik di Helsinki sepanjang musim panas.'
Pemohon harusla fasih berbahasa Inggeris dan Finland...malah berpengetahuan tentang Russia satu kelebihan.Sehingga kini hampir 600 orang telah memohon dan tarikh tutupnya pada akhir bulan April 2013. Jika diterima tugas bermula 17 Mei selama 35 hari ...kat sini bila nak buat?.
SUMBER: newsfeed.time.com
Comments