HWC Dinner Anniversary

16 Mac lalu telah berlangsung Hot Wheels Collector (HWC) Dinner 4th Anniversary di Hotel Singgahsana, P.J. Semua collector 'otai' dan newbies dari Malaysia, Singapura dan Indonesia berkumpul untuk satu tujuan...minat pada kereta mainan Hot wheels. Bagi yang minat inila masanya anda sertainya...mungkin tahun depan dapat join.

Bagi yang tak tau, Hot Wheels adalah jenama permainan kereta 'die-cast' yang terkenal di dunia. Ia mula dihasilkan oleh syarikat Mattel pada 1968 dan mulai diminati oleh golongan lelaki khususnya dari kanak2 hinggala dewasa. Hampir 40 peratus kesemua kereta Hot wheels di dunia dibuat di Malaysia dan selebihnya di China dan Thailand...namun sampai sekarang kereta Proton tak keluar gak. Ini kerana Hotwheels hanya mengeluarkan kereta popular di Amerika mengikut kategori tertentu.

Hampir 100 orang yang datang dan ianya diadakan 'sapa cepat dia dapat' tempat...mungkin nak jadikannya eksklusif . Bila dah ramai jadi macam biasa je...namun malam tu memang happening, dari saat nak masuk tengok banner pun dah teruja. (perasan bagi yang betul2 minat)

Tengok banner pun dah rasa girang di jiwa
Malam tu masing2 dapatla goodies beg...ada 2 biji kereta, salah satunya 'fully custom made', satu t-shirt event (design simple tapi gempak), tag nama, 1 kereta untuk race dan 2 minyak wangi dari Bodyshop (macam perli je). Masa masuk tengok kat atas stage ada dibuatkan replika 'Bone Shaker' untuk para collector bergambar (cun).

Custom made...takleh jumpa memana..
Antara tarikan malam tu...awek lalu buat dek je
Satu malam yang meriah...ada yang datang secara persorangan, team-mates, family dan awek, yang palin penting semua ok mesra2 walaupun ada yang terlebih mesra (poyo). Acara dimulakan dengan kata2 pembuka dari pengerusi club dan war2kan acara malam tu.
Sesi suai kenal sambil cari meja makan...memasing pun tak tukar baju event lagi
Sup tetap jadi pujaan
Makan malam tu memang sedap2...airnya buatkan aku terasa 'hyper' (manis sangat). Lepas makan tapak2 jualan mula diserbu, mana tau ada yang berkenan dihati boleh sambar satu (ada gak yang lupa diri beli).
Sapa tak rambang mata...kata minat kan..
Akhirnya acara yang dinanti dimulakan, drag race...cuma tahun ni kereta dah diberikan penganjur jadi takleh bawak keta sendiri (penat je aku trainning keta). Aku dapat keta '59 Chevy Impala, keta klasik yang akhirnya masuk setakat semi final...kira okla tu kalah keta2 moden lain.
Keta hijau tu champion antara berlima...bas pun kalah
Rupa track 'drag race'..ni pun bikin sendiri...kreatif
Selain tu ada acara lelong dan selang seli cabutan bertuah...khas buat kereta2 tertentu (custom made je). Masa nila memasing nak tunjuk 'ketebalan' duit dan tahun ni pecah rekod tahun lepas, RM980 untuk sebijik trailer. Macam2 kalau dah minat.

Lepas dah puas makan, beli-belah, race, bida membida, tak dapat cabutan bertuah, bergelak2, digelak dan mengelakkan orang (kesan air manis), tiba masa untuk bersurai tapi sebelum tu bergambar reramai.
Semua sporting...best2
Akhirkata layanla video 'rumusan' dinner malam tu...harap tahun depan jumpa lagi.



SUMBER: www.hwcmalaysia.net & www.facebook.com/hotwheelsmalaysia

Comments

Anonymous said…
Very soon this web page will be famous among all blogging people, due
to it's pleasant articles or reviews

Feel free to surf to my blog personal development Free State