Wanita dan internet

*Gambar hiasan

Dalam satu kajian yang dibuat, penggunaan internet terutama di beberapa negara membangun yang mana kos pengunaannya tinggi dan kekurangan akses telah menyebabkan para wanita khususnya mempunyai kesukaran untuk mengunakan internet. Biar betul!.

Hasil kajian oleh Intel dan firma perunding Dalberg telah melihat bagaimana para wanita mengakses dan menggunakan internet di beberapa negara membangun, dimana hanya 25 peratus wanita mempunyai akses kepada internet dankebanyakkan di kawasan2 seperti sub-Sahara Afrika. (agak2la...kena fahamla situasi kat sana)

Buta huruf, kos yang tinggi dan kekurangan kemahiran teknikal antara  faktornya. Daripada 2,200 wanita yang ditemuramah di Mexico, India, Mesir dan Uganda, 25% daripada responden berkata mereka tidak berminat untuk menggunakan internet dan 23% berasakan mereka tidak perlu langsung. Di India dan Mesir khususnya, 20% daripada wanita merasakan internet tidak 'sesuai' langsung untuk mereka.Malah wanita yang berkebolehan pengetahuan pun sebenarnya tidak digalakkan. Gayatri Buragohain, seorang jurutera wanita India tetap takut menggunakan komputer kerana ahli keluarga lelaki akan berfikir ianya adalah suatu yang sangat salah.
Macam2 hal di dunia ni...insyallah wanita disini tidak dikekang menggunakan internet. Syukur..amin.

Comments