Tiru tido burung unta

Hanya 20 minit diperlukan untuk tidur dikatakan mampu meningkatkan produktiviti lebih daripada 30%. Untuk memenuhi keperluan ini terutamanya mereka yang kebanyakkan bekerja di pejabat, satu syarikat senibina dan reka bentuk yang berpangkalan di London, Kawamura-Ganjavian telah mencipta bantal yang menawarkan 'ruang peribadi' untuk memperolehi kuasa tidur tu.

Dipanggil 'Ostrich Pillow'
dalam B.Mnya bantal burung unta, pengguna hanya perlu slip bantal di kepala mereka untuk berasa terasing sekadar cukup untuk tidur seterusnya bermimpi atuapun merehatkan minda dari berfikir. Ia mungkin kelihatan bodoh apabila dipakai, namun ruangan dalaman yang lembut mampu memberi 'percutian' singkat yang nyaman dan selesa tanpa perlu meninggalkan meja kerja anda ataupun memberi sedikit ruang peribadi dalam ruang awam.



SUMBER: www.kickstarter.com

Comments