Secara ringkasnya Keris Hitam Bersepuh Emas berkisarkan perjalanan Bitara lakonan Eman Manan di arahkan oleh Pendita Arif pergi mencari 6 anak muridnya supaya di bawa pulang ke pergunungan dan diserahkan kepadanya keris sebagai tanda utusan kepada anak2 muridnya. Di hasilkan dalam 13 episod dan kini TV1 sudah menayangkannya semula, pukul 3 pagi tiap Isnin dan Selasa...setakat pagi tadi dah masuk episod 7. Awat pagi?..sapa nak tengok?...nak buat camne, nama pun 'Rancangan Tangkap Muat'.
Drama bersiri berlatar belakang seni persilatan Melayu sikit sebanyak memberi kesan pada pada penontonnya. Dram2 lain seperti Pendekar Kundur, Semutar Hitam turut menjadi penyambung kepada membudayakan silat pusaka. Tak keterlaluan jika dikatakan inila perintis sebelum keluarnya drama2 silat pada tahun2 berikutnya...namun kebanyakkannya terpengaruh kepada elemen luar, silat boleh terbang2 bagai...dah macam kungfu.
Kini drama berkonsep begini dah mulai pupus...kalau ada pun boleh di pertikai silatnya yang kadang2 main hentam je tak pun main campur seni bela moden.
SUMBER: FB Kami peminat setia drama filem Pendekar Melayu
Comments