Audi, Ducati bergabung...meletup

Sejak pengambilalihan Ducati Motors oleh Audi, ramai yang telah membuat spekulasi apa yang mungkin terhasil daripada penggabungan ni. Salah seorangnya ialah Thibault Devauze, seorang pereka dari Perancis telah bekerjasama dengan saudaranya Marc Devauze dan Pemodel Clement Couvreur untuk menghasilkan satu imaginasi Audi Motorrad. 

Sebuah gambaran reka bentuk pemikiran motosikal 850cc Ducati dimasa depan dengan silinder L-Twin, 4 injap setiap silinder, desmodromic enjin 2-silinder ditambah dengan kotak gear klac berkembar. Manakala kerangkanya diperbuat dari teknologi 'lightweighting' Ultra Audi, hasil gabungan serat karbon dan aloi ringan. Mungkinkah ianya jadi kenyataan?.


SUMBER: www.behance.net

Comments

Popular Posts