Jambatan kontena

Sebuah firma seni bina Yoav Messer Arkitek dari Israel dalm cadangan membina jambatan mesra alam 160-meter panjang yang diperbuat dari kontena kapal terbuang. ‘ECOntainer Bridge’ akan dibina di Ariel Sharon Park dengan konsep hargai ekologi alam sekitar dan prisip keteguhan dalam binaan.

Kelak ianya akan ada dua platform pemerhati disamping dek khas untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan ringan sahaja. Satu idea yang menarik dalam usaha kitar semula, cuma bila ianya datang dari negara 'sana' pasti ada yang melenting membantah walhal ideanya boleh diceduk pakai untuk kebaikkan bersama...tak salah rasanya.


Yang baik buat tauladan, yang buruk buat sempadan.

SUMBER:  www.messer-architects.co.il

Comments