Bahaya GPS


Disebabkan kesilapan GPS, seorang wanita telah memandu sejauh 900 km dari jarak yang sepatutnya. Sabine Moreau, 67, telah memandu sejauh 900 km dan bukannya 90 km sepanjang dua hari gara2 kesilapan GPS dan kealpaan diri sendiri.

Moreau memulakan perjalanan dari rumahnya di Hainault Erquelinnes, Belgium untuk pergi menjemput rakannnya di stesen kereta api 93 batu dari rumahnya. Di sebabkan keterlalu bergantungnya beliau kepada GPS, yang mana akhirnya membawanya memandu terus ke Zagreb di Croatia.

Sepanjang dua hari, dia berhenti untuk mengisi minyak sebanyak dua kali, sempat tidur untuk beberapa jam di tepi jalan dan turut terlibat dalam kemalangan kecil. Beliau berkata, "Fikiran saya telah terganggu ketika itu lalu meneruskan memandu dimana pertama tiba di Perancis, kemudian Jerman dan akhirnya di
Croatia, tetapi saya tetap memandu kerana saya terasa betul2 buntu. Tiba2, saya sampai di Zagreb dan barula tersedar yang saya bukan di Belgium lagi."

Cian kawan dia, tunggu2 tak sampai2. Parah ni...harap takla jadi kat sini

SUMBER: www.dailymail.co.uk

Comments

Azlan Strider said…
mak aihh..ini 90km ngan 900km jauh beza tuh..xkan dia tak perasan dia dah sesat??adoiyai....hehehe

Regards,
-Strider-
tiga minit said…
org tua...x sedar kot..

Popular Posts