Seni dot dot dot

Teknik lukisan dengan hanya dot dot dot memang payah dan memenatkan mata...teringat dulu masa belajar kena wat teknik ni...last2 kena koyak dengan lecture macam tu je sebab tak ikut piawai.

Bila tengok si artis Miguel Endara ni, usaha beliau melukis potret kejang minda ni memerlukan kira2 2,100,000 titik untuk siap. Karyanya bertajuk  Benjamin Kyle berdasarkan seorang lelaki yang tidak ada ingatan apa2 termasukla namanya sendiri. Semasa menjadi pesakit di hospital, orang2 disana menamakannya bersempena restoran makanan segera di mana dia ditemui tidak sedarkan diri sekitar di 2004.

Benjamin Kyle disahkan mengalami amnesia dan telah menjadi satu2nya warga Amerika yang secara rasminya tersenarai dalam kategori orang hilang. Proses yang berterusan selama 138 jam untuk di siiapkan dan hasilnya cukup menarik tertarik kau the bomb.



Link huffingtonpost.com

Comments

headbomb said…
gempak tu.. teringat zaman belajar dulu ek hehe