Hotel kapal terbang

Bagi yang lama cuti2 Malaysia, selamat bercuti dan yang baru nak merancang2 tu selamat juga...jangan salah pilih tempat takut sangkut dalam banjir je.

Nak kelainan dari biasa ada sebuah hotel mewah di lapangan terbang Arlanda di Stockholm, yang mana hotelnya dari kapal terbang Boeing 747 yang tak digunakan lagi. Di beri nama 'Jumbo Stay', hotel mewah ni menyediakan 27 bilik dan boleh menampung sekurang2nya 76 orang tetamu dalam satu masa.

Ruang dalaman pesawat telah di ubahsuai dimana 'kokpit'nya telah berubah ke bilik double. Turut di sediakan sebuah bar (takleh masuk ni) dan kafe di mana para tetamu boleh 'melepak' melihat persekitaran.


Menurut pemiliknya, Oscar Dios, masih terdapat ruang dalaman yang tidak digunakan lagi dan dia mempunyai rancangan untuk menukar turbin jet pesawat menjadi bilik2 double....jangan melayang ketika tidur sudahla.



Link jumbostay.com

Comments

Popular Posts