Sebarkan...selamatkan MARYAM


Aku tak nak cakap banyak pasal isu bebas beragama...aku bukan ustaz mahupun cerdik pandai dalam agama...salah cakap kelak akidah orang lain terpesong dengan kata2 aku tapi satu perkara aku faham...ISLAM tidak membenarkan keganasan mahupun paksaan dalam segala hal namun ISLAM melarang umatnya dari keluar atau cuba 'memasukkan' diri ke dalam NERAKA selamanya.

ISLAM itu agama suci bukan eksklusif buat sesatu bangsa tapi bagi semua secara umumnya...namun bila ada usaha menafikan mereka yang di lahirkan ISLAM dalam apa jua bangsa pun dengan memberi hak memilih tak ubah seolah membunuh agama dalam diam...sedangkan kita digalakkan meramaikan ummah. Ingatla bahawa Rasulullah saw berpesan kali terakhir...usaha musuh ISLAM dari pelbagai cara.

ISLAM memang tidak boleh dipaksa untuk di anuti namun bila seseorang penganutnya ingin keluar disarankan agar kembali semula dan bertaubat kepadaNYA agar di pertunjukkan hidayah...maka jelasla ISLAM sendiri menolak sebarang cubaan keluar dari agama suci ini.

Harap teruskan menonton, dengar dan fahamkan...kemudian sebar2kanla...jangan kelak ini terjadi disini.

*Sejauh mana kebenaran faktanya tidakla dapat di sahkan namun usaha sebegini memang wujud dan kita sesama ISLAM wajib membantu menghalangnya...mungkin kita tidak mampu menderma ataupun melawan... cukupla usaha memberitahu agar dapatla membuka 'mata' kesan yang bakal berlaku...alhamdullilah rasanya. Biarla usaha baik kita di berkati...insyallah.

Comments

tiga minit said…
mungkin lagi terkedu dan sedih bila berlaku disini..nauzubillah...

Popular Posts