Robot C-3PO sebenar?

Sebuah robot dengan keupayaan untuk melawan kebakaran di atas kapal kapal perang telah dibangunkan oleh saintis tentera berdasarkan watak Star Wars popular C-3PO. Ianya mungkin seperti sesuatu yang mustahil dari galaksi lain, tetapi robot menyelamatkan nyawa ini akan diuji tahun depan pada bot tentera laut Amerika.

ASH (Autonomous Shipboard Humanoid), akan mempunyai keupayaan untuk beroperasi di kawasan yang dipenuhi asap, menaiki tangga, melalui koridor sempit dan juga bertindak balas terhadap isyarat manusia untuk mengelakkan dari kejadian lebih buruk berlaku.


Projek yang sedang dibangunkan oleh para saintis di RoMeLa (Robotics & Mechanisms Laboratory) di Universiti Virginia Tech, yang mana bekerjasama dengan Makmal Penyelidikan Tentera Laut Amerika di Washington. Inspirasi lukisan prototaip awal di ambil dari watak filem Star Wars, C-3PO. Semoga teknologi yang hebat sebeginni di gunakan untuk kebaikkan dari kemusnahan.



Link dailymail.co.uk

Comments