Raksasala sangat

Aku terjumpa la satu trailer filem sains fiksyen seram tahun 1972...gaya macam bagus je tapi kira elokla sikit dari MOMOK JANGAN CARI PASAL



'Night of the Lepus'  atau dalam bahasa mudah 'Arnab'la...sebuah filem seram sains fiksyen dari Hollywood (teruk gak hasil diorang dulu) berdasarkan novel sains fiksyen 1964 'The Year of the Angry Rabbit'.

Telah berada di pawagam pada 4 Oktober 1972, berlatar belakangkan penduduk sebuah pekan kecil di Arizona yang terpaksa bertarung dengan arnab karnivor kesan dari mutasi. Filem terbitan AC Lyles dan pengarahnya William F. Claxton, dibintangi Stuart Whitman, Janet Leigh, Rory Calhoun, dan DeForest Kelley, secara keseluruhan dirakam di Arizona.

Para pengkritik filem telah 'mengagalkan' filem ni bermula dari pengarahan, lakonan yang kaku dan kesan khas yang menggelikan... adalah satu kegagalan mutlak bila tiada keupayaan untuk membuat arnab yang mengerunkan...paling sedih bila scene close up, terpaksa pakai sut arnab yang terang2 GAGAL.

SUMBER: www.wikipedia.org 

Comments

Popular Posts