Mengharap 'duit jatuh'

Sabtu lepas aku pergila 'audition' duit jatuh kat mid valley...money dropla. Dengan semangat yang tinggi aku pergi mencuba...tahun lepas dah cuba, dah lepas semua 'stage' tinggal nak panggil masuk tv tak panggil2 gak...mungkin aku ni tak cukup 'fotojenik'. Takpa tahun ni cuba lagi mana tau rezeki.

Dengan semangat berkobar2 serta berkat doa emak dan isteri aku melangkah...
Selesai solat subuh kira2 pukul 6.15 pagi langkah ke hotel di garden, mid valley bermula. Penuh semangat dari tahun lepas, mana tau tahun ni dapat gak. 'Tag team' aku sama gak tahun lepas...dia je boleh ngam, dah sedia menunggu kat sana. Sampai je sana tak buang terus berjalan menunggu destinasi...bayangkan orang kedai tak datang lagi kitaorang dah merendah mid valley.

Kedai2 pun belum buka..yela awal lagi..makin dekat, makin gabrak plak rasa..tu goyang gambar...
Sampai2 je tengok ramai dah yang sampai dulu..ada yang seawal 5.30 pagi dah berlonggok kat kawasan lobi hotel. Last2 pihak hotel halau semua suruh beratur kat luar.

Ni baru sikit...ada yang cakap waktu ni dah berbaris sampai pusing satu mid valley...dashyat
Ingatkan aku dah awal ada lagi awal...nak tak nak beraturla, alhamdulillah dapat beratur dalam sekitar 50 kumpulan keatas. Jenuh gak menunggu...mula pukul 9 pagi sekarang baru 7.30, tu pun ada yang datang2 nak cut line....ada yang mengamukla. Pasal nak menang duit, dah tak pasal2 gaduh plak ...aduyai.

Tekunnya isi borang semula..satu butiran diri, satu lagi borang kebenaran muka masuk tv...
Tepat pukul 9 pagi pihak penerbit muncul...datang2 je dah mula kecoh. Semua kena isi borang lain, borang 'download' kat internet tak boleh pakai...kemudian suruh buat 'line' baru ambik borang dan tunggu giliran diuji. Mengamukla orang yang awal2 ni...rasa tak adil penat tunggu last2 suruh beratur lain...kecohla jap. Nasib ada brader atas ni...sound direct kat pihak penerbit, maka tak jadila buat....sapa datang kemudian teruskan beratur tunggu giliran je dulu...isi borang masa masuk uji bakat.

Diorang mengamuk kena beratur panjang...datang lambat nak kedepan mana datang jalan...brader ni  tak terlibat
Tak lama lepas tu diorang bagi no giliran...bukti kitaorang beratur awal, takut ada yang curi2 potong line masuk bilik uji bakat. Setiap sesi 50 kumpulan di uji...katanya tempat sempit kalau ramai2. Uji bakat tingkat 29...betulla diorang kata tak luas kawasannya. Lepas selesai semua dokumentasi kenala tunggu jap, lepas tu masuk satu bilik ni, diorang nak bagi taklimat sikit.

Kena tunggu lagi...makin berdebar
Ada 2 peringkat saringan...peringkat 1 soalan objektif 20 soalan. Berbeza tahun lepas, kali ni kedua2 pasangan kena lulus lebih dari 13 soalan...kalau salah sorang kurang, terus tak layak. Katanya soalan kali ni lagi payah...rasa kantoi kali ni.

Penentu langkah aku kembali cergas ataupun terkubur sudah.
Bilik ujian...makin melangkah masuk makin berdebar. Diaorang bagi tau sesi sebelum tadi dari 50 kumpulan, 1 kumpulan je layak...lagi la rasa nak terkucil. Dalam bilik ujian 'partner' duduk asing2...pone kena off...rasa macam ambik exam sekolah siap ada pengawas peperiksaan.

Tempoh ujian 10 minit untuk 20 soalan objektif...memang boleh tembak tapi salah tembak 'sure out'. Sementara tunggu keputusan tunggu balik bilik taklimat tadi...last2 masa di tunggu telah tiba. Yessss! partner aku meloncat2 suka...kitaorang layak pergi stage ke2. Yang paling bestnya dari 50 kumpulan 3 kumpulan je layak...rasa terkejut pun ada.


Sekali lagi taklimat diberi...kali ni hendak di ujibakat pihak juri. Lepas sesi ni baru dorang bawak balik 'tape' rakaman untuk di tapis sapa layak masuk tv. Masa ni Tuhan je yang tau aku rasa...dengan rasa masih terkejut bercampur gembira kitaorang mulakan ujibakat...lepas ni berserah dan berdoala kalau2 di terima. Kalau takda gak jawapnya tahun depan cuba lagi...persoalannya ada lagi ke musim depan?.

Terima kasih buat tag team terbaik aku 2 tahun berturut2...sedara ni pernah keluar kat satu blog 'serius' femes. Terasa bersama artis plak...nak sain.

Buat ucapan 'undersea' raya'...hehehe smart 3D lagi

Comments

pizli said…
spinking1627Semoga berjaya ye... Aku respect orang yang ada semangat macam brader hehe.
Anonymous said…
LU TAG TEAM TERBAIK GUA! MASA DIA UMUM KEPUTUSAN SOALAN OBJEKTIF TU WA TERUS RASA LU PALING HEBAT N WA PUN SAMA. TAPI KITA MEMANG TERBAIK. DUA2 BOLEH SKOR JAWAPAN TUUU.
GILER WO SOALAN YG PALING SENANG AKU RASA YANG STREETFIGHTER TU AJE, YANG LAIN.....PUIHH
TQ LETAK GAMBAR GUA NI. DAH DUA BLOG MASUK NI HAHAHAHAHAHAHA.
tiga minit said…
Terima kasih ye..sekadar mencuba lebih baik dari mengata tak buat apa2..

Popular Posts