Ventriloquist..boneka bercakap

Ventriloquisme atau Ventriloquism adalah seni berkata2 tanpa menggerakkan bibir. Berasal dari perkataan Latin 'venter' yang bermaksud perut, 'loqui' pula bermaksud berkata2 dan 'ism' bermaksud ilmu atau faham.

Seni ventriloquism biasanya digunakan untuk menghibur, mengajar, ataupun mempromosikan sesuatu dan disampaikan secara santai komedi. Biasanya seorang Ventriloquist akan membuat persembahan dengan satu atau lebih patung yang dikenali sebagai “dummy”. Ada ventriloquis yang mahir dengan pelbagai suara namun kebanyakan ventriloquis yang terkenal hanya setia kepada satu jenis suara dan satu watak "dummy" sahaja.

Biasanya "dummy" diambil dari watak manusia tetapi ada juga dari watak binatang dan sebagainya. Dummy direka dengan pengerakan kedua2 bahagian atau satu bahagian bibir sahaja...biasanya diperbuat dalam pelbagai saiz seperti separa tangan atau lengkap tubuh badan hingga ke kaki, malah ada diantaranya boleh digerakkan anggota badan seperti tangan ataupun kaki.

Seni ini mula dipopularkan oleh Harry Lester (1878 – 1956) atau lebih dikenali sebagai The Great Lester, dilahirkan di Poland. Gelaran "Grandfather of Modern-Day Ventriloquism" diberikan keapda Lester kerana didakwa orang pertama yang beraksi sambil menghisap rokok dan meneguk air di samping dummy sedang bercakap.malah dia biasanya berjalan mendekati penonton bersama2 "dummy" yang sedang bersiul.

Walaupun beliau boleh mempelbagaikan jenis suara, ia lebih suka pada satu suara sahaja iaitu untuk watak Frank Byron Jr...watak dummynya yang terkenal.

Di Malaysia kita juga ada bakat hebat ini, encik Mahadi dengan bonekanya, Jalut. Agak lama tidak dengar ceritanya...dengar kata dia dah bersara dan bonekanya dah diserahkan ke muzium.(tak pasti).
Apapun ni tetap satu seni unik yang tak mungkin semua dapat lakukan.

John Dunham...antara kesukaan aku...


SUMBER: www.wikipedia.org

Comments