Gitar lipat

Teringat aku kat lagu 'berbekal gitar tua...datang ke ibukota...ingin jadi sorang budian...ingin seorang satu biduan'. Ingat tak?.

Sebuah syarikat muzik di California, Voyage Air, telah mereka beberapa siri gitar yang boleh dilipat2 agar mudah bawa terutama untuk pemain muzik jalanan. Gitar ni didatangkan dalam versi acustik dan elektrik, amat ringan dibawa didatangkan dengan bekas mudah bawa.
Dari harga US$399 (RM1,265) hingga US$1,695 (RM5,364) untuk gitar akustik namun bergantung pada model manakala gitar elektrik US$799 (RM 2,532).

Ternyata takla semurah disangka...pakai gitar biasa jela. Kat Mydin baru RM69...nak lipat patahkan je.

Hensem kan aku?
SUMBER: www.voyageairguitar.com

Comments