Naruto Shippuden

Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang kartunis bernama Masashi Kishimoto yang mana turut mempunyai rancangan animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Berkisarkan tentang watak utama yang bernama Uzumaki Naruto, seorang pemuda yang bersikap nakal, hiperaktif dan tidak mendapat pengiktirafan oleh masyarakat sekitarnya.


Naruto bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk mendapat pengiktirafan dan membuang tanggapan negatif masyarakat sekitar terhadap dirinya.

Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shonen Jump isu ke-43. Versi Bahasa Inggeris pula telah diterbitkan oleh Viz Media di dalam Shonen Jump versi Amerika, di mana ia menjadi jualan siri manga tertinggi syarikat tersebut.

Di Malaysia, siri manga Naruto versi Bahasa Malaysia telah diterbitkan oleh Comics House. Diatas kepesatan cerita ini, maka ada segelintir peminat 'kipas-susah-nak-mati' membuat filem pendek berdasarkan karakter NARUTO.



SUMBER:  wikipedia Naruto Shippuden

Comments