I will follow you!

Damein Gareth Walters nama yang tak asing lagi dalam dunia Parkour. Skil dia cukup menakjubkan dengan kemahiran gymnastic yang agak unik.

Tapi sebenarnya dia lebih dikenali sebagai seorang pelagak ngerI (stuntman) dan telah banyak terlibat dalam beberapa buah filem antaranya Hellboy II: The Golden Army, Ninja Assassin, Scott Pilgrim vs. the World, The Eagle, I Am Number Four, Blitz, Colombiana, and Captain America: The First Avenger.

Dia pernah memenangi Taurus World Stunt Awards pada 2010 dalam kategori "Best Fight" untuk filem Ninja Assassin. Berwarganegara Britain ni lahir pada 6 April 1982 di Derbyshire, merupakan salah seorang bekas gymnastic kebangsaan yang pakar dalam tumbling.

Kariernya bermula ketika menyertai 4 kali Trampoline World Championships dan telah menjadi salah seorang dari 4 orang dalam pasukan Britian memenangi juara dunia dalam kategori berpasukan...ketika itu dia bersama pasukan berada pada ranking ke 4 pada tahun 2001 dan 2007. 

Gaya2 parkour 'freerunner' dia antara yang sering  ditonton di Youtube dan kini telah melebihi 60 juta tontonan. Sekarang ni dia sibuk menjalankan gymnya sendiri Derby City Gymnastics Club dan sambil2 shooting filem.

Betul2 buat rasa 'i WILL FOLLOW YOU!'.....

errrr fikir balik tak kot...

SUMBER:  wikipedia Damien Walters

Comments

pizli said…
Hebat betul

Popular Posts