Chariot Skates?

Apa rasanya bila kita main rollerblade tapi dengan saiz tayar besar....ni la jadinya

Benda ni namanya Chariot Skates, dicipta oleh Michael Jenkins dengan kos kira2 $11,000 (RM34,995++). Dengan 2 biji tayar besar disokong 2 tayar kecik, diperbuat dari karbon fibre. Menurut penciptanya, pengguna boleh menggunakannya dalam tempoh yang lama tanpa rasa ketidak selesaan dan jamin perjalanan lancar je. (macam iklan minyak enjin la plak)


Boleh mencecah 40km/h (~25MPH)...boleh tahan laju gak untuk jenis macam nila. Untuk berhentikannya pengguna hendakla buat "t-stop," dimana kaki diseret ke tepi jalan raya...rasanya macam buat driftla. Kalau tak reti, guna je tangan...pastikan guna sarung tangan kerasla..kang terbakar plak. 

Rekaan ni dah dimulakan sejak tahun 2004 didalam stor rumah en.Jenkins. Bila manusia sentiasa mencipta atas dasar mengejar kepantasan disertakan keseronokan maka kita akan terus kelekaan. Apapun ibarat kata puteri buluh betong..'kalau fikirkan baik maka baikla jadinya."



Cara nak berhenti...


SUMBER: www.chariotskates.com

Comments

Popular Posts