Bila Ipad melukis

Salam sejahtera semua. Ipad salah satu benda yang rasanya setiap orang ada dan mungkin idam2 kan. Bagi aku takda pun takpa...kalau bagi aku ambik suka ooo.

Sebuah syarikat rekaan aplikasi di Chicago Artist Hardware telah membangunkan satu rekaan berus lukisan khas untuk penggunaan di Ipad. Diberi nama 'Sensu' direka seperti berus lukisan biasa cuma ditambahkan pemadam dihujung pemegangnya.

Sebagai permulaan projek ini telah berjaya memperolehi sokongan tajaan lebih dari US$65, 000 (RM206,983.86). Boleh didapati di pasaran bermula May pada sekitar US$34.95 (RM111.228). Takla mahal sangat berbanding hasil yang akan anda dapat.


SUMBER:  www.core77.com

Comments