Ayuh semua BANGKIT!

Salam sejatera. Aku teruja betul rasanya minggu ni...Jumaat lepas dalam perjalanan ke masjid aku dengar satu lagu ni...melodinya menarik dengan senikata unsur2 kebangkitan...sempat dengar sikit je.

Masa khutbah pun pasal kebangkitan...ironi rasanya. Berasa aku ditakdirkan untuk mendengar...kerna takda pun istilah kebetulan...setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Jadi aku balik carila lagu ni.

Tajuknya Bangkit...dari DJ Fuzz ft. Altimet & Salam. Aku dengarla satu persatu senikatanya, memang bagi aku mudah difaham tapi berkias. Janganla dengar melodinya saja.

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Biar kita berbeza gaya, rupa, idealogi...kita tetap sama dimataNYA. Sebelum kita menuntut perubahan semasa...apa kata kita ubah diri yang lama tak bangkit2.

Muzik videonya pun unik...



SUMBER:  www.youtube.com

Comments