Cara memikat hati wanita

Salam sejahtera semua. Hari aku nak kongsi pasal sesetengah lelaki yang berfikir terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua.

Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya kerna di sebalik kelembutan seorang wamita itu terselit keegoaannya. Oleh itu belajarlah cara untuk menambat hati wanita yang anda sayangi.
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, dari orang yang disayangi, jadi tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati.

Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. Teknologi yang ada dizaman sekarang gunakanla. Rajin2la menelefon, sms ataupun e-mail sekadar bertanyakan khabar pun sudah menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu kerna satu ungkapan  ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Janganla segan berkongsi masalah, (jgn ambik kesempatan plak) dengar pendapat mereka, sekurangnya mereka akan berasa dihargai. Hal remeh-temeh yang amat penting bagi mereka jadi jangan ambik mudah. Ingatan terhadap tarikh2 penting amatla kuat. Sesekali buat surprise, biar dia rasa kamu betul2 menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya sebab tula mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Biasanya akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya tapi jangan menolak sekiranya tiada halangan, kerna inilah masanya untuk menonjolkan ke machoan kamu!.(kalau rasa machola).

Pujuklah dan tenangkan mereka sekiranya dalam kesusahan kerna mereka benar2 inginkan kamu di sisi mereka.Janganla kedekut memberi pujian dan sesekali bawak berbincang dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan nak tunjuk terel je.

Kuasa veto dalam membuat keputusan harusla dibuang. Sesetengah perempuan suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu tentang apa yang mereka inginkan..jadi kamu kenalah peka.
Mereka ni kadang2 akan rasa terancam atau tercabar...maka lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk.

Ni timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Maka x mustahil akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Diwaktu inlah sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah dalam keadaan yang terkawal dan cari jawapan mengapa ia terjadi. Tahap kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Akhir sekali sentiasala berfikir secara positif dalam perhubungan. Insyallah niat yang baik akan dipermudahkan.


*ingatan untuk semua termasuk diri sendiri.

Comments

Adylia Qarissa said…
bukan senang nak memikat hati wanita tapi bukan mudah nak memikat hati wanita...eh!! cam berbelit lak ayat nie hehehee
tiga minit said…
betul tu. sya setuju...tp akan jd sukar bila xnak belajar ...

Popular Posts