Ubat mudah buat PELUPA


PELUPA tu satu masalah tapi biasala adakalanya akan lupa...yang bezanya tahapnya. Kekadang benda simple pun boleh lupa. So aku ada tip simple nak atasi...dengan sedikit kreativiti kita mampu mengatasi LUPA.

TIP PERTAMA:
Lupa bawa kunci / dompet / pone atau sebagainya bila keluar rumah

- Hanya perlukan kasut dan barang2 bila nak keluar rumah
- Masukkan semua dalam kasut tu. Nanti nak keluar kan nak guna kasut...kalau guna selipar sama je letak kat sana. Kalau korang lupa gak pakai kasut masa keluar takleh cakap apala.

** Kalau barang besar tu letak kasut atas barang...ni bukan macam poket doraemon semua nak sumbat.

TIP KEDUA:
Lupa anak dalam keta masa singgah memana.

- Ok ni penting sebab banyak sangat kes. Mudah je cari topi dan sticky note
- Tulis kat note tu 'ANAK DALAM KETA'...tampal kat hujung topi...settle.
Christino Ronaldo sebelah pun tak ganggunya ingatan kita...
** Tapi kalau dah ajal letak apapun tetap jadi...syarat je nak dijadikan sebab.

TIP KETIGA:
Lupa nak bayar duit di pinjam.

- Hanya perlukan kertas warna dan duit kertas tak kisah berapa nilainya
- Potong satu je kertas warna ikut saiz wang kertas pilihan. Lebih elok potong ikut jumlah orang yang kau tak reti2 nak bayar.
Tulis nilai dan sapa pemiutangnya...nak lagi berkesan tulis tarikh kau pinjam
- Letak dalam wallet sekali dengan duit2 betul...sesekali bila terbayar guna duit note baru kauorang tau perasaan 'MALU' si peminjam nak minta balik duit. Pelikkan..yang bagi pinjam malu nak minta balik duit sedangkan kita tebalnya muka.

** Cara ni paling berkesan pada yang dah berduit tapi tak reti2 lagi...yang masih tak tu, nak cuba tak salah pun.

Secara kesimpulannya bagi aku PELUPA ni akan jadi satu penyakit bila kita ambik mudah merasakan kita ni takkan lupa...yang akhirnya akan berjangkit pada orang terdekat. Tak caya buatla selalu. Sekadar renungan kita bersama...sebab kita semua kaki lupa gak.

Comments

Popular Posts