Jaket dari beg mini

Agak menarik bila jaket harian di reka mampu memantulkan cahaya pada malam hari namun masih 'cool' untuk dipakai. Sebuah syarikat yang diasaskan oleh Brett Clouser, seorang pereka dari L.A mendapat ilham setelah 3 rakannya dilanggar kereta semasa menunggang basikal pada waktu malam. 

Direka untuk penunggang basikal pada asalnya namum kepelbagaian guna tak salah kot. Lebih simple dengan kadar pantulan cahaya pada kadar penglihatan 360 darjah...mudah untuk pemakainya dilhat kenderaan lain.

Berdasarkan kajian, kadar penglihatan yang tinggi mampu meningkatkan jarak penglihatan sehingga 400% namun bergantung pada jenis kainnya. Maka ianya sangat ringan, beratnya beberapa auns dan boleh dilipat2 jadi mini poket bag...how cool is that!Lepas ni simpan dalam poket seluar pun takda hal.

Projek jaket ni sedang mencari sokongan umum sebelum dipasarkan...jika berminat, apa lagi bagila sokongan.




SUMBER: www.coolhunting.com

Comments

Popular Posts