Shower berWIFI

Mandi satu2nya aktiviti yang aku suka..kekadang lama dalam bilik air. Setiap kali didalamnya aku terasa tenang dan disitula aku dapat ilham2 yang menarik...kadang2 mengarut ada gak.

Perkara terakhir harus dielakkan, tabiat membazir air. The 'Sshower' hasil ilham seorang pereka, Marco Antonio Esquiró San Román adalah sebab2 macam tu. Dibina dengan sensor automatik mengesan anda setiap kali di bawah kepala shower...maka air terbuka dan menggantikannya menjadi 'stim' untuk membersihkan anda. 

Selain anda akan bersih dan wangi, ianya juga boleh memberitahu anda ramalan cuaca, harga saham, berapa banyak air yang gunakan disamping melayan lagu2 ketika sedang mandi. Malah ianya ada Bluetooth dan WiFi yang sah2 aku tak faham apa fungsinya...ni nak mandi ke apa?
 

SUMBER: designsandprojects.com

Comments

Popular Posts