Enjin V12 espresso

Minum espresso penuh gaya dengan mesin espresso berbentuk enjin V12. Terhad untuk 500 unit, mesin espresso ini boleh dikategori yang paling cantik pernah dilihat, terutamanya bagi mereka yang sukakan automotif. 

Direka daripada aloi macam magnesium, titanium dan aluminium sama seperti yang digunakan dalam pembuatan enjin asal. Ianya merupakan enjin 3-liter motor GP, seperti Senna dan Schumacher pernah guna. Seperti enjin asal penapis minyaknya berfungsi sebagai penapis kopi dan tiub ekzos pula untuk mengasingkan aroma kopi gaya Itali...kualitinya tetap sama walaupun ianya telah dibuat secara tangan oleh Arte Meccanica Mastrogiuseppe.


SUMBER: www.espressoveloce.com

Comments

Popular Posts