Ulangtahun pertama


Sekarang ni kesibukkan kerja buat payah nak update blog...ni pun dan berminggu rasanya tak terjah, rasa macam nak bersawang. Sampaikan ulangtahun #1 3MINIT pun tak sedar...tak sangka setahun dah berlalu. Walaupun camtu ada gak sudi2 terjah tak jemu2... terima kasih sangat. anda semuala semangat aku bergerak maju.
Banyak peristiwa yang manis masam jadi sepanjang menjadi blogger. Lagi rasa best bila usaha dihargai walaupun x harap pun. Baru aku sedar jadi blogger bukan mudah...kita ada tanggungjawap sebenarnya, tu pun kalau dalam diri ada rasa kesedaran. Apa yang kita post diblog mampu memberi kesan pada yang lain...jadi letakla benda2 yang 'elok'...tu pun penentu dosa pahala kita gak.

Teringat kata2 ustaz aku dulu...biar kita jahat tak solat, tak puasa, buat maksiat tapi jangan sesekali ajak orang lain sesama kita. Tu dapat double, silap2 dapat triple berdouble2. Cukup2la kita tanggung dosa sendiri, ni nak tanggung dosa orang lain gak...sanggup?.

Masih ada lagi rupanya salah satu darinya. Kita terlalu nak kejarkan ratiing tinggi post ikut sedap je tanpa selidik kebenarannya...tolongla jangan.

Cara memikat hati wanita antara post yang sentiasa di terjah dan kerap muncul  setiap hari dalam statistik harian...ramai ke diluar sana sedang mencari cinta?.

Harga siti RM2k post yang aku suka sampai hari ni...bagaimana sesorang nak jual sesuatu yang pada sesetengah orang berasa harganya tak munasabah. Bagi aku asalkan kawan ni tak buat benda haram apa masalah...lagi pun dia nak cari duit lebih. HAl macam ni biasa di luar negara, kita je sini pelik. Pinjam pepatah kawan aku 'Tunggula kita dah tahap negara 'maju', jual pencungkil gigi 3MINIT pun ada orang beli.' Sebab dah terlalu maju gamaknya...aku pun tak faham.

Mengharap duit jatuh salah satu usaha aku nak mengejar kejayaan. Walaupun tak kesampaian namun pengalamannya cukup berharga...dapat plak tag-team terbaik. Kalau tidak takkan dua tahun berturut2 masuk shortlisted...bro lu the best. Orang kata masuk ke3 dapatla nanti. Amin.

Singgah jap segmen simple aku terjah rakan2 blog yang lagi otai. Terus terang katakan ianya agak membantu gak dari statistik blog...mana tidaknya orang cari blogger senior ni terlink ke 3MINIT. Terima kasihla kat Dkna, Ahfantasy24, Lyssa faizureen, Aristons, Pizli sudi jadi geng 3MINIT yang biasa2 je ni. 


Hikmah yang tersirat hanyala ulasan buku yang aku baca..tak sangka ada yang perasan. Walaupun sekadar testimoni kecil, hati ni terasa suka sangat...ada orang baca apa aku baca dan tulis. Lepas hari tu boost upla gak yang masuk blog...suka2.
Namun di sebalik kata2 membina, memuji ada juga yang terasa hati dan rasa benggang. Aku tak boleh puaskan hati semua kerna aku hanya manusia. Maaf bagi yang terasa...aku cuba buat yang terbaik.

Akhirkata TERIMA KASIH banyak2 sekali lagi buat anda yang sudi2 terjah. Harap aku dapat buat yang terbaik lagi baik dimasa mendatang. Harap ada kesilapan, ada yang terasa aku minta maaf banyak2...sesungguh tidakkla disengajakan. Apapun diharap Allah dapat membalas budi anda semua. Love you all.

Comments

Dkna Abza said…
tahniah..semoga terus sukses :)
tiga minit said…
Terima kasih kembali...
Anonymous said…
sedih pulak baca... apa pun tahniah semoga blog anda semkin maju... n disenangi ramai pembaca... )

Popular Posts