Gila-Gila Remaja (GGR)


Bila aku dengar Gila-gila remaja2 nak keluar aku antara yang suka sangat. Walaupun katanya tak kena mengena dengan filem asal namun nakla tau sejauh mana kesannya nanti. Filem yang aku layan berkali2 sampai sekarang...terasa macam dekat je dihati (poyo je). Mungkin aku perasan nak jadi  Azroy tapi aku lebih suka Remy...kerna macam tula aku dulu. Jiwa asyik nak memberontak...pengalaman buatkan aku dewasa (dewasala sangat).

Sebenarnya betul sebab utamanya aku suka bila tau yang lokasi2 filem ni dibuat antara di antaranya tempat2 aku biasa jumpa sepanjang 'membesar'. Situla laluan aku pergi sekolah, lepas sekolah lepak sana, sambil2 tu usha asyik2 awek2...hari2 cuti pergi suka2 dan paling best tempat aku dating first time dengan isteri. Sweet time.


Scene ni masa Azroy n geng lawan snooker dengan geng Gagak Hitam. Arked yang tu tempat pertama aku terjah...kira first time kedai game situla, kat Jaya Supermarket seksyen 14, P.J.
Namun dah dirobohkan untuk pembangunan baru...kata nak buat supermarket baru. Cari je kat google pasti ada keluar. Mcdonald tu masih ada lagi (setakat aku tulis ni)...situla ayat 'usha' paling best keluar (bagi akula)...nak pesan apa?...'Saya nak pesan mata awak, hidung awak, pipi awak, rambut awak, bibir awak.'



Port lepak2 Azroy n geng...tempat mulanya permusuhan Remy dengan Farouk. Port biasa aku pergi mandi-manda lepas kelas sebab dekat dengan kolej. Empangan Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang...bawah tu ada saliran air sungai. Dulu nak masuk seang tak taula sekarang. Orang area sana panggil DAM (empangan la tu).
Pandai orang kita speaking walaupun simple. Ayat paling poyo...'tidak Roy dia dah menyentuh tubuhku...aku akan balas dendam.'


Firstly aku tak belajar sini tapi apa yang aku tau tempat ni masih wujud. Dulu2 biasala lalu lalang area sana ambik stok tempat kerja lama. Goon Institute, Off Jalan Raja Laut, K.L...tempat Azroy belajar dan jadi pelajar terbaik (tak datang kelas plak tu) klisenya. 
Teringat scene Suzyiana kenalkan diri...'Nama saya suzyiana, umur saya 17 tahun'. Mudanya  diorang ni, rasa2nya ambik exam apa ye?. Masa ni gakla macam2 si Azroy n geng buat onak...teringat ayat Azroy masa 'colour' muka Remy tengah tido.  'Ni baru betul...like sitting bull from the white club.'. Dulu aku tak faham tetapi lelama barula tau yang tu gelaran khas bagi ketua 'Red-Indian' (Sitting Bull).

Nak lebih info GOON INSTITUTE



Kedai moto yang kononnya 'regular' Azroy hantar repair moto sebelum race...lawan standardla Gagak Hitam. Masa ni Badul buat 'cameo' khas, jadi mekanik yang handal racing masa dulu. Ada kisah dan teladan situ kalau yang fahamla. Tak pasti ada lagi ke tak, cuma 'last-time' situ ada buka kedai jual moto2 besar...tak taula kedai yang sama ke tak.
Bila nak kutuk bunyi moto mat2 rempit ingatla kata2 Badul...'Bunyi macam ribut tapi lari macam siput.....'

* 'arrow' tu terlajak plak...patut kat Lorong Universiti C

Scene ragut yang aku rasakan klasik...kenapa?, sebab sekarang ni takda dah scene mengejar peragut...siap belasah lagi atas jambatan. Kalau ada pun sekarang biasa2la jela...(yela tu aku ni). Di buat kat Hankyu Jaya, Chow Kit, KL...kini dah tukar jadi supermarket baru. Tempat nila antara tempat mak abah bawak dulu tiap kali nak beli baju sekolah selain Globe...tu pun rasanya dah tutup.

Dari sinila bermulanya hubungan antara Azroy dengan keluarga Suzy...ingat lagi scene datang rumah minum kopi pahit. Apapun dialog Azroy paling sempoi... 'saya tak suka biasakan diri saya dapat balasan,bagi setiap pertolongan yang saya berikan.'...'Oh kau terlalu ikhlas'.
'Dah kahwin ke belum...uwekkk!!'...ayat usha awek yang serius tak masuk akal tapi paling klasik. Sampai sekarang masih lawak...scene mengorat kat bus stop ni biasala aku buat dulu zaman2 sekolah. Bila ingat balik poyonya masa tu...perasan bagus. Bus stop ni masih wujud cuma dah dipercantikkan lagi...kat depan Sekolah menengah perempuan Assunta, P.J...so you do the Math, napa masa tu suka sangat lepak bus stop.

Taman Jaya, P.J bagi yang tak tau cuba google cari tempatnya. Sebelah Amcorp Mall, dekat dengan padang timur A&W...sinila satu2nya taman aku suka pergi. Tak besar tak kecik, kira ok2 je...lagi pun dekat dengan rumah. Sinila dulu2 lepas sekolah lepak (banyak rupanya tempat lepak aku) petang2 main bola, badminton, takpun permainan khas buat  kanak2. Tapi paling sweet, sinila tempatnya aku kenal dan melamar wife aku...okla tempatnya biasa sangat tapi rasa dah macam Azroy n Suzy je.

Nila salah satu impian aku bila dah bekerja...nak datang sini have a great time, (entah apa2la golden dream)  tapi masa naik tingkatan 1 diaorang terpaksa tutup. Sebabnya macam2, antaranya ada budak mati lemas...namun sebab utamanya kawasan tu dah tak selamat akibat tanah runtuh dikawasan sekitar. Adala dulu sekitar tahun 2004 aku cuba nak teroka kesan tinggalan...cuma sempat separuh jalan je, dengan kawasan belukar tebal...lagipun terasa seram situ.

Mimaland, gombak antara kawasan terawal rasanya taman tema air dalam kawasan bandar...kalau ada lagi ni Sunway Lagoon kira persaing terdekatla. Selain permainan air dengan papan luncur yang diiktiraf terpanjang di Asia Tenggara namun tu semua tinggal sejarah...sama macam GGR, kenangan yang kekal selamannya. Scene Azroy berkayak di iringi nyanyian Kaza dan Siti Fairuz memang klasik...nak jumpa couple berkayak dalam tasik sekarang payah. (ada lagi ke servis ni lagi) Teringat ayat ajak dating 'Esok jangan lupa...Mimaland!'



Walaupun banyak lagi lokasi2 dalam cerita ni cuma aku tak berapa pasti...nak dapatkan sumber payah gak sebab syarikat produksi ni pun takda dah. Jadi kebanyakkan info ni pun berdasarkan 'research' aku sendiri. Namun secara keseluruhannya filem GGR ni memang ada memberi impak kepada aku...secara langsung ataupun tidak.

Terima kasih pada yang sudi membaca...sekadar berkongsi apa yang aku minat pada yang sudi.

Comments

Anonymous said…
You really make it seem really easy together with your
presentation but I in finding this topic to be really one
thing which I think I might never understand. It seems too complex and very
huge for me. I'm having a look forward for your subsequent put up, I will try to get the cling of it!

My homepage :: レイバンサングラス
Anonymous said…
hai.aku nak tanya.apa nama lagu time kat pusat snuker tu?
ril3x said…
Phil Collins - Easy Lover..peminat?..