Lampu buku

Biasanya buku dibuat bahan bacaan tapi bila fungsinya diubah, ianya tetapnya berguna pada kita.



Satu lagi ciptaan menarik hasil rekaan seorang arkitek Max Gunawan dari Jakarta, Indonesia yang memiliki BA  Studio Arts/Architecture dari Universiti Wesleyan di Connecticut. Rekaan lampu berbentuk buku, The Lumio LED adalah lampu yang direka kelihatan seperti buku

Ianya akan berfungsi sebaik sahaja buku dibuka...cool kan. Muka suratnya diperbuat daripada bahan plastik 'Tyvek' yanga berfungsi sebagai perlindung habuk dan sebagai peresap haba untuk mewujudkan cahaya terkumpul padanya untuk menerangi ruang sekeliling.

Ianyanya mudah disimpan di rak buku atau dimana2 sahaja. Apabila diperlukan, hanya membukanya dan lampu LED mengaktifkan serta-merta. Dengan bateri boleh dicas semula dan bertahan hampir 8 jam ternyata ni alternatif baru jika kita kehabisan lilin masa blackout.


SUMBER: hellolumio.com & FB HelloLumio

Comments