Botol perakam

Bagi yang gemarkan muzik ataupun bunyi2an maka benda alah ni memang untuk anda. 'Botol perakam bunyi' (baca ala Doraemon). Agak pelik bunyinya tapi tula hakikatnya.

Di beri nama ‘Re: Sound Bottle’, ianya berfungsi sama seperti alat perakam biasa cuma bezanya tiada butang untuk merakam, cuma buka penutup botolnya dan halakan ke arah bunyi. Nak dengar semula bunyi rakaman buka saja penutupnya.

Bila dengar balik bunyi2nya teringat zaman kanak2 kumpul kunang masuk  dalam balang. Mungkin Jun Fijiwara perekanya, mendapat ilham dari situ dan beliau ingin membantu orang ramai untuk berinteraksi secara langsung dengan muzik dengan menghasilkan rakaman bunyi yang mereka suka dalam kehidupan harian mereka.

Apa taknya..lepas rakam dengar ramai2, lepas tu gelak2...interaksila tu.




SUMBER: www.thisiscolossal.com

Comments

Dkna Abza said…
jepun ke china nie?
tiga minit said…
Jepun...dari Tama -Art University, Tokyo..tp nanti China ciplakla..hihihi

Popular Posts