'Manusia' disebalik Power Ranjer

Pada yang tau dan peminat PR (power ranger) mungkinkenal benar watak2nya. namun sejauh mana kah kita mengenali mereka disebalik kareter renjer warna warni ni. Apa kata cuba imbas sikitla peribadi diorang dan apa yang dilakukan selepas tak jadi renjer.

Lakonan Amy Jo Johnson merupakan watak 'cute' yang tabah kerana masih mampu untuk bermain damsle ketika dalam kesusahan...pernah jadi awek kepada Tommy (white ranger) untuk beberapa episod. Pernah meninggalkan  ranger buat seketika namun kembali 'cameo' untuk bebrapa episod. Amy sebenarnya bekerja sebagai PR yang pernah menghasilkan album. Kini beliau telah pun bertunang dengan orang yang berjaya 'buntingkannya' dan terkini memegang watak Jules seorang polis New York dalam minisiri ABC, Flashpoint.



Power ranger 'nerd' lakonan David Yost, berjaya memegang watak renjer untuk beberapa generasi, walaupun tidak melakonkan watak renjer. Beliau adalah jelas macam mastermind kumpulan bila bijak memikirkan jalan penyelsaian bila berhadapan situasi komplek...dimana di dunia realiti beliau juga bukanla calang2 orang.

Beliau banyak terlibat dibelakang tabir filem dan drama sebagai penebit filem syarikat Temptation Island dan pernah menjadi pengarah produser untuk Sci Fi channel. Selain itu beliau merupakan pemegang lesen tunggal untuk Pioneer Entertainment dalam mengedarkan semua terbitan keluaran syarikat pada media penyiaran seperti Showtime, Starz/Encore dan Cartoon Network.

Kali terakhir beliau pernah memegang watak penyelamat dalam drama 'Fallen Guardian Angels' yang menghidap AIDS. Disamping itu satu tabung untuk membantu mangsa Aids telah dilancarkan dimana baru beliau seorang sahaja berjaya memperolehi sekitar US$5,000 (RM15,307.88). Selain itu beliau pernah menjadi penerbit untuk rancangan 'You Are What You Eat' sekitar tahun 2004. Beliau sempat juga menghadiri Power Morphicon 2012 bersama anggota asal yang lain.


'Zach-man' ranger yang lincah lakonan Walter Jones, merupakan nadi semangat pada kumpulan ranger. Sentiasa cuba memberikan kelainan dalam kareografer lawan beliau.
 

Beliau tidak pernah melakukan 'cameo' namun biasa melakukan banyak 'voiceovers'  untuk beberapa projek2 lain. Pernah muncul dalam episod CSI beberapa tahun yang lalu dan masih menumpukan minatnya pada tarian tetapi bukan hip hop...hakikatnya beliau seorang penari salsa. Walaupun apa jua beliau lakukan, sempat juga menghadiri Power Morphicon 2007 dengan Austin St John.


Thuy Trang seorang yang menakjubkan dengan semangat berpegang teguh dalam membantu setiap renjer dalam apa jua cara pun. Mengikut jejak langkah Jason dan Zack meninggalkan ranger dan tidak pernah muncul semula. Namun ada usaha untuk mengembalikan beberapa renjer 'original' dalam satu siri khas bertajuk Cyberstrike, namun dibatalkan kerana kekurangan budget.
 
Malangnya karier beliau terhenti pada 2001 setelah terkorban dalam satu kemalangan kereta. The Crow tahun 1996 merupakan filem terakhir. Ramai ahli2 PR menghadiri majlis pengebumian dan pada hari yang sama adik Jason David Frank (Tommy) juga telah meninggal dunia.


Jason Lee Scott: renjer Merah dan Emas yang pertama adalah hasil lakonan Austin St John. Karekter seorang pemimpin yang tegas, kuat dan amanah telah melayakkan beliau menjadi legenda dalam sejarah PR (gelaran bagi PR-kipas-susah-nak-mati). Peribadi renjernya yang sentiasa bersedia ketika diperlukan dan merendah diri untuk berundur apabila Tommy mengambil alih.




Pernah muncul kembali sebagai renjer Emas dalam PR Turbo dan episod edisi khas, Forver Red dimana beliau telah diundi sebagai Red Ranger terhebat sepanjang masa. Masih aktif berlakon cuma watak2 sampingan seperti menjadi polis dalam filem 'Expose'. 

Terdapat khabar angin mengatakan beliau hidupan 'dua-alam', namun tiada bukti dapat mengesahkannya. Pernah menghadiri dan menjadi panel Power Morphicon 2007 beberapa tahun lalu sebagai renjer merah dan kini bekerja sebagai paramedik di Washington. Kira ranger gak tu.


Tommy Oliver lakonan Jason David Frank ialah renjer Hijau, Putih, Merah dan Hitam pada masa yang berbeza...dalam ertikata lain pukul habis dia ni. Dikalangan pengikut setia PR beliau lebih dikenali sebagai renjer yang tidak akan bersara. kerana telah banyak kali meninggalkan dan kembali menjadi renjer

Bermula sebagai renjer Hijau sebelum hilang kuasanya yang kemudianya menjadi renjer putih. Beliau kemudiannya mengambil alih renjer merah setelah yang original bersara.Kemudiannya bersara tetapi kembali semula dan dalm tempoh tu kira 2 kali 'on off' dengan Kim (renjer pink). Setelah kembali sekian lama senyap tapi kali ni menjadi mentor pada pelapis PR namun beberapa2 sebab kembali menjadi renjer Hitam plak...takda orang lain dah ke?.








Namun kini beliau lebih menyepikan diri dan menumpukan lebih pad a seni pertahankan diri di mana beliau telah dianugerahkan Master of the Year sebanyak 2 kali. Kini memiliki empat buah sekolah karate yang telah tersenarai antara sepuluh buah sekolah teratas di Amerika. Walaupun sibuk beliau masih berhubung dengan PR yang lain dan pernah dikatakan pembuli kepada renjer2 yang lain....dah handal kan mestila ala2 pailang.

Kredit 

Comments

Popular Posts