'Kamera' pemain bola

Lupakan cara biasa menonton aksi bola sepak, baik di tv mahupun di stadium...kelak dengan terciptanya 'The FANs Cam' yang mana mampu memberikan tontonan dari sudut berbeza. Dengan adanya telefon pintar masa kini, akses segera dapat di perolehi melalui apa yang pemain lihat.

Satu kamera klip mini diletakkan di kolar pakaian pemain sukan untuk memberikan peminat satu perspektif permainan yang tidak pernah dialami sebelum ini. Dengan hanya satu imbasan kod QR yang dicetak di belakang tiket permainan untuk siaran boleh terus diakses melalui pemain kegemaran anda.

Selain itu juga ianya akan turut berfungsi sebagai perakam prestasi atlet dimana rakaman permainannya mudah untuk mengkaji dan memperbaiki corak permainannya...disamping itu jurulatih dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka untuk membangunkan program latihan kelak.

Direka agar selamat pengguna dan diperbuat daripada getah ringan dan elastik dimana punca
tenaganya dari suhu badan atlet yang ditukarkan dengan bantuan cip berkuasa termoelektrik. Hasil rekaan bagi pertaSheng-Hung Lee dan Chan Wai Yeh dibawah tunjuk ajar Prof Huang Shyh-Jier dari Jabatan Rekabentuk Industri Universiti Kebangsaan Cheng Kung, Taiwan merupakan salah satu penyertaan untuk 2012 Red dot Award kategori rekabentuk konsep.



Mungkin video ni lebih jelas fungsinya

Link red-dot.sg

Comments