Baju seram

Tak perlu tunggu Halloween, apa kata kita cuba sesuatu yang lain dari 'tipikal' seperti berpakaian sebagai  raksasa ataupun hantu...tapi hanya dengan dada berlubang sambil menunjukkan jantung sedang berdegup sudah pasti memberi semua orang ketakutan sebenar.

Sebuah syarikat reka bentuk Digital Dudz telah mengeluarkan satu siri t-shirt yang membolehkan anda melampirkan telefon pintar dalam lubang strategik yang diletakkan pada pakaian. Menggunakan IOS percuma mereka atau Android app, anda boleh memaparkan animasi menyeramkan pelbagai seperti jantung berdegup, mata hantu dan ulat2 berlingkar dalam dada anda untuk menakutkan siapa yang memandang.

Pelbagai animasi boleh dipilih berdasarkan reka bentuk pakaian. Di jual dengan harga US23.50 (RM72)
untuk t-shirt sahaja, manakala untuk 'iWound' (dada) US34.50 (RM106) setiap satunya.


Link digitaldudz.com

Comments