iPad versi besar punya!

Syarikat berpangkalan di China, TMDtouch telah mencipta aksesori yang menukar iMac anda sepenuhnya skrin sentuh. 'Zorro Macsk',merupakan bingkai aluminium magnetik yang diletak diatas skrin iMac dan memasang kabel USB kepadanya...walaa dah jadi iPad besar punya.

Daripada menggunakan papan kekunci dan tetikus, pengguna menggunakan iMac seperti pada iPad atau iPhone. Teknologi inframerah telah digunakan untuk mengesan sentuhan input pengguna...dan juga boleh memberikan ketepatan yang lebih baik.

Sesuai untuk iMac 21.5" dengan operasi Mac OS Lion dan Wndows 7 atau 8. Kni boleh dibeli secara talian 
di Amazon pada harga US199 (RM607).



SUMBER: www.lumiaview.com

Comments