Evolusi POKEMON

Pokemon  dalam sebutannya "Po-Ké-Mo-N", selalunya disalah sebut sebagai "Pokimon", merupakan suatu produk yang berjaya menghasilkan keuntungan berbilion-bilion ringgit. Pokémon dicipta oleh Satoshi Tajiri pada tahun 1996 dan dikawal sepenuhnya oleh syarikat permainan video gergasi, Nintendo.

Game Pokemon yang asal adalah untuk Game Boy, komputer dan permainan video tetapi telah diteruskan ke dalam bentuk:
  • anime
  • manga
  • Trading Card Game
  • permainan, buku dan pelbagai media yang lain.
Pokemon merupakan singkatan kepada nama jepunnya yang asal iaitu "Po-Ket-To-Mo-N-Su-Taa" atau Pocket Monster. Dalam versi bahasa Inggeris, motto “Gotta catch ’em all!” adalah lebih dikenali ramai walaupun sekarang tidak berapa digunakan lagi kecuali oleh syarikat permainan Hasbro dan juga sambungan kepada siri Pokemon Chronicles.
Konsep Pokemon ini berasal daripada hobi mengumpul serangga, iaitu satu hobi yang sangat popular di Jepun suatu masa dahulu dan Satoshi Tajiri merupakan salah seorang darinya. Idea Satoshi ini kemudiannya telah diadaptasikan kepada pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1998 dengan terhasilnya game.

Game ini membolehkan pemain untuk menangkap, mengumpul, dan melatih ratusan binatang yang dikenali sebagai Pokemon dan menaikkan kekuatan serta meningkatkan teknik berlawan Pokemon masing2 dengan berlawan Pokemon pihak lain. Ianya juga boleh 'berevolusi' untuk menjadi lebih kuat disamping mempelajari teknik berlawan yang baru.

Sehingga kini, bilangan Pokemon adalah sebanyak 386 spesies dan  ini adalah hasil daripada perkembangan selama 10 tahun bagi 151 Pokemon yang asal.

Comments