Kereta ulor

Bagaimana hasilnya bila sebuah kereta futuristik diilhamkan dari binatang?.  Seorang pereka Liwen He, telah mereka sebuah kereta melalui inspirasinya terhadap seekor 'ulor'. Fleksibiliti tulang ular yang membolehkan ia bergerak dengan licin melalui terowong yang sempit telah membayangkan bagaimana kita memandu di jalan2 sempit dengan mudah dan lancar.

Kereta yang mampu menyesuaikan diri kepada pelbagai keadaan jalan, malah masalah ketika meletak kereta dianggap selesai dan ianya diibaratkan seperti seekor 'ulor' yang sedang berikal ketika tidur.

Reka bentuk bionik membuatkan kereta futuristik 'ulor' ni amat unik...dengan berkonsepkan alam semulajadi. Kini pemandu boleh menikmati kebebasan untuk bergerak dengan lancar antara kenderaan atau ruang yang sempit.



SUMBER: www.michelinchallengedesign.com

Comments