Kereta kuasa udara

Dalam usaha untuk melupuskan tradisi penggunaan minyak, syarikat pengeluar Tata Motors India telah merancang untuk menghasilkan kereta yang dijana oleh udara termampat.

'Tata Airpod' merupakan kereta kecil berfungsi dengan enjin yang mengekstrak tekanan udara dari 175-liter tangki yang tidak menyumbang kepada pencemaran udara. Bukanla satu teknologi baru cuma kurang komersil untuk dibangunkan.

Teknologi yang dibangunkan oleh MDI, tangki kereta boleh diisi semula melalui stesen pengecasan atau udara semasa memandu dikitar semula dengan bantuan enjin
kuasa elektrik  yang hanya mengambil masa dua minit untuk di 'recharge'.  Nak tambah uniknya...dipandu dengan joystick kat tepi...takda stering.

Mampu untuk bergerak pada kelajuan 28-43 mph (45-70 kmj) sehingga 200km pada tangki penuh. Persoalannya dulu buat kereta murah tak jalan ni kereta udara plak...camne nak kira?





SUMBER: www.theverge.com

Comments