Masa untuk dipanggil semula


Masih ingat filem apa ni?...bagi yang membesar dalam era 90an pasti tau...tak tau nasibla tak paksa pun. Filem Total Recall sedikit sebanyak memberi impak besar kepada industri perfileman Hollywood. Berlatar belakangkan masa depan di planet Marikh, seorang lelaki hilang ingatan tentang masa lepasnya sering terbayang2 kehidupan yang beliau tak ketahui, cuba menjejaki kembali siapa drinya sebenar namun ada yang tak puas hati akan cuba.

Pelakon dulunya kini seorang Gabenor, Arnold susah-nak-eja, memberikan lakon layar yang berkesan disamping kesan2 khas yang pada masa itu satu yang mustahil untuk dilakukan. Filem yang telah mencatatkan kutipan box-office telah menyakinkan penebitnya membuat filem sambungan namun tidak berjaya di realisasikan.

Skrip sambungannya sebenarnya diilhamkan dari sebuah filem pendek 'Minority Report' karya Philip K. Dick yang mana akhirnya diambil oleh Steven Speilberg dan menjadikannya skrip  bagi filem 'Minority Report' satu kenyataan pada tahun 2002.

Kini setlah 22 tahun berlalu filem Total Rcall telah dibuat semula dengan barisan pelakon baru dan kesan khas lagi gempak. Dijangka keluar pada bulan Ogos nanti pasti dinanti2kan para peminat tegar filem aksi fantasi.



SUMBER: www.en.wikipedia.org

Comments