Jangan cakap jangan...

Aku ni bukanla peminat tegar Jus-tin Bibir ni...tapi aku taula sapa dia. Dari seorang budak yang takda sapa nak minat, nak jerit2 bila lalu, nak dimimpi2kan tapi kini diala pujaan anak2 gadis. Sebabnya dia cute la tu...kalau tak manala nak pandang sangat betul tak...jangan tipu ye.

Aku cuma admire jalan hidup budak ni...dari emaknya seorang anak gadis muda 18 tahun berstatus ibu tunggal berusaha gigih membesarkan dia ni. Dari zaman kecik lagi dah mula minatkan muzik...kini sapa dia dimata dunia. Lagu ni aku rasa mungkin ada tempias kat dia...jangan sekali kata tak boleh sebelum mencuba.

Tula yang selalu aku cakap dalam diri...harap aku teruskan walaupun apa yang melanda.



*Bila kita dah berjaya jangan lupa diri ye...ingat tu.

SUMBER: www.youtube.com

Comments

Popular Posts