Dari mancis kubina istana

Lepas makan mesti ada yang cari penyungkil gigi, kalau takda...mancis pun mancisla. Namun kalau kita handal lagi kreatif macam2 kita boleh buat dengan mancis.

Bagi seorang artist mancis, Patrick Acton memang cukup terkenal di daerah Iowa kerana kehandalannya dalam mereka pelbagai bentuk objek dan struktur dari mancis. Ada rekaannya terdiri dari istana Notre Dame Cathedral, Hogwarts dari filem Harry Potter dan Minas Tirith dari filem The Lord of the Rings. Kebanyakkan hasil kerjanya mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan dengan jutaan batang mancis dan gam.

Beliau akan sentiasa mempraktikkan teknik2 terbaru dalam setiap penghasilan karyanya dimana sepenuh minat dan usaha dicurahkan bagi setiap projek. Kini beliau sedang dalm proses menyiapkan rekaan bangunan World trade Centre yang baru berskala 1:77 dari skala sebenar...dijangka siap pada pertengahan Ogos 2013.


SUMBER: www.matchstickmarvels.com

Comments

Anonymous said…
betuikan heading tu...

dari mancis kubina istana

datuk ikh
ril3x said…
Terima kasih menegur..