Buku klasik diremajakan


Aku ni bukanla mat buku...biasa2 je, tapi bila ada usaha2 nak bagi ramai remaja khususnya membaca aku sokong sangat. Membaca tu gedung ilmu...tapi bergantung gak apa buku kauorang baca.

Maka itu penerbit buku klasik Inggeris  macam Jane Eyre, Pride and Prejudice dan Emma telah diremajakan semula dengan rekaan muka buku lebih segar sesuai untuk para remaja...terutama pada peminat tegar ‘Twilight’ dan ‘The Hunger Games’.

Menurut laporan The New York Times, pembaruan ini akan memberi kesan mendalam pada pembaca melalui rekaan mudah tapi menarik dengan lebih penegasan. Alli Brydon, seorang penyunting buku berkata, rekaan luar buka lama akan mencerminkan diri si pembaca dan ianya tentu tidak sesuai bagi golongan remaja kini.

Namun kebanyakkan remaja menolak bulat2 buku rekaan baru ni dengan lebih suka membaca novel2 cinta zaman kini yang bagi mereka lebih menarik dan menepati jiwa.

Mungkin diorang ni lupa agaknya...tukar luar kalau dalam sama je apa maknanya?...ni baru dikatakan 'Jangan menilai buku dari luarannya'.

SUMBER:  www.nytimes.com

Comments

Popular Posts