Alahai filem kita

Hollywood terkenal dengan filem2 budget besar yang belum tentu kita mampu buat...alasan biasa diberi 'market kita kecik aje!...lagi pun takda modal'. Dah filem macam sam@#$ sapa nak pegi tengok. Takla filem luar tu bagus, cuma kita dapat lihat bezanya usaha kerja dorang...betul2 usaha. Tu bagi aku apa yang filem kita perlu ada.

Tak perlula kita bercakap pasal modal besar jika hasilnya semurah rm12 gak. Cerita takyahla gempak dengan kesan2 khas...cukup dengan jalan cerita tersusun penuh makna dan impak...dibantu plak dari teknikal macam penataan cahaya, bunyi yang jelas, jurugambar yang pandai memilih shot2 mahupun pengarahnya mencorakkan karyanya. Pelakon pun jangan la kayu harapkan muka cantik je ambik berlakon...kekadang muka yang sama 5-8 filem...watak lebih kurang je. Mana kualitinya?. Alasan 'saya dah ikat kontrak..lagipun rezeki'.

Harapan bila kita tengok trailernya ke, gambar2 dari filem ataupun poster pasti ada rasa teruja nak pergi tengok. Bukan maksud aku diorang tak buat kerja, cuma masih kurengla apa yang diberi...tak taula mana silapnya. Kebanyakkan yang terlibat punyai latarbelakang pengalaman yang cukup kuat dan ilmu namun hasilnya tetap gak sama. Sekali lagi alasan...'bayar ciput kita kerja biasa jela'.

Berkali2 alasan2 basi terus diberi dengan rayuan sokongan penonton serta pihak berwajib ditagih...namun kita tetap disogokkan filem entah apa2. Filem ni ibarat satu tanggungjawap sosial gak... karya bermutu dengan mesej berguna yang menimbulkan kesan ke sanubari penonton. Teringat balik zaman2 kegemilangan filem melayu di Jalan Ampas, Singapura hingga ke era 90an di Kuala Lumpur. Pasti ada filemnya memberi kesan dan kenangan...malah ada dialog2nya yang masih segar diingatan. Tapi kini dimana itu semua.

Mungkin kesan yang dimaksudkan takla sehingga mampu mengubah sesuatu komuniti tapi bila selesai menonton harap kita akan dengar 'bagusla cerita ni...kena cari dvd nanti' daripada dengar... 'macam tu je ending?..bagi free pun taknak...puii!'.

Comments

Anonymous said…
bila agaknya en 3 minit nk buat drama sendiri yer....
ril3x said…
nak buat cuma xda pelakon yg sesuai..berminat?..
Dkna Abza said…
dkna boleh jadi pelakoooonnn ;p
ril3x said…
bolehla antar resume...kita contact untuk audition dulu..