10 fakta The Amazing Spiderman

Akhirnya filem ditunggu dah keluar...lelaki merangkak di dinding, pakai baju ketat merah biru, jiran kesukaan anda  (your friendly's neighbourhood) ...SPIDERMAN

Sebelum filem yang di 'reboot' keluar, macam2 kata2 kosong cuba menjatuhkan mahupun memuji mutunya dengan filem terdahulu arahan Sam Raimi. Bagi aku tak kira sapa yang buat asalkan nampak macam Spidey kira ok dah...lagi pun aku bukan jenis 'kipas-susah-nak-mati'...biasa2 je. Kenapala nak dibanding2kan dengan filem terdahulu...macam Azura Ogy dengan Azura Leelofa...sah2la aku pilih Wawa Zainal...cute beb dari diorang.

Okla terpulangla pada hak masing2 menilai...bagi yang 'keras teras', ni ada 10 tip perbandingan kasi perhangat hati sebelum serbu panggung.

Gigitan labah2:
Dalam Komik: Ceritanya bermula di sekolah tinggi Midtown, seorang budak biasa menjadi 'superhero' hasil dari kesan gigitan labah2 radioaktif ketika pergi ke Muzium Sains.
Dalam filem Sam Raimi: Agak sama dengan komik cuma menukarnya kepada lawatan sekolah ke muzium sains, yang masa tu ada plak pameran hasil penyelidikan keatas labah2. 15 ekor labah2 baru berjaya dicipta kecuali satu telah terrlepas dan gigit si Peter Parker.
Dalam filem terbaru: Cara gigitan dan dimana dia digigit turut diubah...mungkin untuk lebih terasa baru. Sebelum ni gigitannya di tangan tapi kini di leher dan kesannya boleh dilihat agak panjang sikit dari komik tapi lebih pendek dari filem sebelumnya. Macamana tu kena tengokla ye.


Kostum:
Dalam Komik: Dalam isu pertamanya, Peter Parker ni takla terus jadi superhero sebaliknya lebih kepada sikap ego, pentingkan diri...kuasa digunakan untuk diri sendiri. Kostum pertama hanyala baju biasa dengan topeng pemotong rumput...tu pun sebab dia masuk gusti untuk dapatkan duit. Bila dia berjaya kalahkan pengusti terhandal, Crusher Hogan dan jadi terkenal barula kustom sebenar dicipta.
Dalam filem Sam Raimi: Hampir sama gak dengan komik asal cuma dia kali ni baju panas dengan topeng lebih kurang pemotong rumput gak. Bezanya kali ni tujuannya....konon nak beli kereta buat modal pikat Mary Jane dan lawannya plak, Bonesaw McGraw. Setelah berlaku satu insiden keatas pakciknya Ben10, barula dia berubah jadi lebih bertanggungjawap dan kustom dinaik taraf bagi lebih best bro.
Dalam filem terbaru: Membawa satu lagi pembaharuan...taknakla spoilkan suspen tu...tu kena tengok sendiri tapi apa yang pasti pembaruan ni lebih segar rasanya dan jauh kehadapan dari cerita sebelum2nya namun masih mengekalkan keasliannya sebelum ni. Camne tu ye.?


Sesawang labah2:
Dalam Komik: Spiderman ni bukanla budak biasa...kira geniusla, maka dia ciptala alat bergayut yang dipasangkan kat kedua belah lengan. Akan berfungsi bila ditekan pada punat ditengah tapak tangan degan gaya rock (ala gaya tangan \m/ rock!). Selain tu ianya berfungsi sebagai alat pertahankan diri kalau2 berdepan musuh bersenjata...cuma yang tak ngam tu bila peluru sesawang habis. Dah macam labah2 mandul tak boleh keluarkan sawang. Faham tak maksud aku?.
Dalam filem Sam Raimi: Kali ni tak payah susah2 nak buat...sekali datang dengan pakej. Dapat kuasa dapat sawang sekali...cuma bila emosi tak menentu, jadi mandul gak.
Dalam filem terbaru: Macam komik cuma kali ni Peter ambik teknologi tu dari Oscorp. Nampakla macam Oscorp tu satu pusat teknologi moden dan perintis bagi sesuatu perkara.


Oscorp:
Dalam Komik: Oscorp Corp. yang dimiliki oleh Norman Osbon (kerjasama Norman KRU, Os dan Abon...hihihi) seorang tokoh hebat merupakan syarikat capitalis keparat terbesar berhubung kait dalam penyelidikan berkaitan biologikal dan genetic terutama nanoteknolgi dan robotik.
Dalam filem Sam Raimi: Oscorp ni dah dibina karakternya dalam 2 filem terdahulu. Berbeza dari komik...Osbon seorang tokoh yang dalam 'kejatuhan' cuba bangkit untuk menuntut haknya dalam syarikatnya sendiri, yang mana nanti menjadi Green Goblin. Empayarnya kemudianya diteruskan oleh anaknya Harry Osbon yang benci sangat Spiderman...sebab fikir Spidey bunuh bapak dia.
Dalam filem terbaru: Kali ni Oscorp memainkan peranan penting dalam perjalanan Spiderman...dari mula dia dapat kuasa hingga lahirnya musuh dari syarikat yang sama dan misteri bakal terungkai kelak, membuatkan Oscorp lebih rapat dengan diri Spiderman berbanding sebelum ni yang takda kena mengena langsung.


Dr Connor / The Lizard
Dalam Komik: Dr. Connor merupakan musuh tradisi yang pertama Spiderman dan diperkenalkan di Florida bukannya di New York. Seorang bekas doktor askar yang kehilangan tangan kanan setelah terlibat dalam satu letupan. Sekembalinya dari perang, beliau telah menyelidik DNA reptilia untuk mengubat tangannya yang hilang. Serum telah beliau cuba pada diri sendiri dan akhirnya menjadi seekor biawak gergasi yang ganas. Macam biasala Spiderman lawan dan akhirnya dapat mencari penawar kepadanya.
Dalam filem Sam Raimi: Ada dalam 2 filem terdahulu, namun hanya sekadar profesor fizik di Universiti Columbia tempat Peter Parker belajar. Takda peluang pun nak tengok dia bertukar jadi hijau bersisik tapi sebaliknya perkenalkan plak Peter kat Dr Otto Octavius yang akhirnya jadi Dr. Sotong
Dalam filem terbaru: Kali ni dia bekerja sebagai penyelidik di syarikat Oscorp dalam kejuruteraan genetik dan berharap mencari penawar mengantikan tangannya yang hilang. Selain tu Connor punyai hubungan erat dengan Peter Parker kerna bekerja bersama ayahnya di Oscorp.


Bugly Daily
Dalam komik: Surat khabar yang sinonim dengan Peter Parker, tempat dia bekerja sebagai jurugambar profesional. Pemiliknya J. Jonah Jameson sentiasa bersikap kasar pada pekerja dan sering mengambarkan keburukkan Spiderman di surat khabarnya.
Dalam filem Sam Raimi: Sama macam dalam komik takda banyak sangat bezanya cuma lebih berbulu dengan perangainya yang tak sukakan Spiderman.
Dalam filem terbaru: Agak sama je cuma kali ni lebih terasa penglibatannya dalam kehidupan Spiderman. Scoopnya lebih besar dengan penerbitan berita kabel dan dalam talian...menjadikan The Daily Bugle seolah maju kearah abad 21.


Richard dan Mary
Dalam komik: Secara amnya kehidupan Peter Parker telah diketahui umum...hanyala sebatang kara dibela oleh pakcik dan makciknya. Namun secara dasarnya kedua ibubapa Peter terlibat dengan ketenteraan Amerika Syarikat dan sering merantau keseluruh dunia untuk tujuan kerja maka sering meninggalkan anaknya keseorangan. Dalam siri komik Spiderman Ultimate plak ayah Peter bekerja bersama ayah Eddie Brock mencipta satu sut khas yang mampu membaiki badan pemakai yang cacat, namum akhirnya sut tu jadi Venom.
Dalam filem Sam Raimi: Tak langsung diceritakan hanyala sekadar bayangan sahaja. Jadi takla terasa sangat hubung kait dengan Peter...tetapi lebih rapat dengan pakcik dan makciknya. Apa yang tau mak bapak dia dah mati tu je.
Dalam filem terbaru: Kali ni tiada penafian tentang hubungan kekeluargaan Peter dan cuba diterjemahkan dengan lebih terperinci tapi dalam mood sederhana dan berperingkat. Mereka pernah bekerja di Oscorp dan merupakan kawan baik Dr Connor. Disebabkan mereka terlibat dalam satu projek ujikaji, mereke telah meninggalkan Peter dan meninggalkan beg kerja untuk Peter yang mana bermulanya pemburuan kisah sebenar misteri kehilangan mereka.


Richard dan Mary
Dalam komik: Bukanla cinta kuit pertama Peter namun memberi satu kesan dalam kehidupan cintanya. Pertemuan pertama mereka di Empire State Universiti dan akhirnya jatuh cinta namun jodoh mereka tak lama dimana Gwen terbunuh. Cinta mereka penuh kenangan dan kisah tragis.
Dalam filem Sam Raimi: Tidakla begitu penting wataknya kali ni dan tidak berkembang dimana lebih tertumpu kepada Mary Jane Watson kekasih Peter. Watak Gwen hanyala sekadar gadis yang menjadi orang ketiga dalam perhubungan Peter dan Mary Jane.
Dalam filem terbaru: Cuba lari dari filem sebelumnya dan mengikut komik sebaik mungkin cuma macam biasa adala tukar2 gak. Kali ni Gwen bekerja di Oscorp dan merupakan bekas rakan sekolah Peter...dan macam biasa, disini perhubungan mereka terbentuk dan berkembang. Klise.


George Stacy
Dalam komik: Kali pertama bertemu Gwen, Peter tak tahu yang bapak dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam jabatan polis New York. Sebenarnya ini sedikit sebanyak memberi ruang yang bagus untuk Spiderman dimana bapa Gwen berasakan kewujudan Spiderman mendatangkan lebih kebaikan dari keburukkan yang sering orang ramai fikirkan. Namun karekternya mati ketika Spiderman sedang berlawan dengan Dr Octopus (Mr Sotong) diatas bumbung, dimana serpihan batu jatuh keatas George yang sedang selamatkan seorang budak.
Dalam filem Sam Raimi: Macam Gwen gak, karekternya tak diolah sebaik mungkin hanyala sekadar muncul dalam beberapa scene seperti memberitahu Peter dan makciknya pembunuh sebenar pakciknya ialah Sandman. Yang lain lebih macam klefe je.
Dalam filem terbaru: Berbeza sangat dari sebelumnya dimana kini dia lebih menentang Spiderman dari menyokong...kiranya dia ni satu kepala dengan J. Jonah Jameson. Beliau telah berikrar akan menggunakan sepenuh kuasanya untuk menangkap Spiderman. Benci sangat nampaknya.


Norman Osborn
Dalam komik: Setiap superhero pasti ada musuh ketat..macam Batman dengan Joker, Superman dengan Lex Luthor, Mat Gelap dengan Mama Bosan...sapa tu? (tak ingat?). The Green Goblin musuh utamanya berselindung disebalik tokoh korporat, Norman Osbon. Telah mencuri guna teknologi dari syarikat miliknya, Oscorp menjadikan dirinya bertenaga seolah 10 manusia sasa.
Dalam filem Sam Raimi: Sudah tentu ada, lebih kurang sama macam komik cuma kali ni dia lebih awal ditonjolkan dan ditamatkan awal gak pada filem pertama. Legasinya telah disambung oleh anaknya Harry Osbon dan bertekad membunuh Spiderman walau apacara sekali pun...termasuk bertukar jadi the next Green Goblin.
Dalam filem terbaru: Kali ni takda karekternya secara terang sebaliknya lebih kepada misteri je. Dimana projek saintifik yang diterajui Dr Connor ada sedikit sebanyak bertujuan mencari penawar kepada Osbon yang kian sakit tenat. Wataknya di tonjolkan pada hampir akhir cerita namun hanyala samar...mungkin ada sesuatu cuba dikaitan dengan misteri kehilangan ayah ibu Peter sapa tau.

SUMBER: www.wikipedia.org

Comments

eintan nurfuzie said…
OOO.... BARU TAU...
TIGA MINIT said…
bolehla kongsi2 kot.....bg ramai yang tau..hihihi

Popular Posts