Sedara mancis dan lighter


Semalam aku ada tertengok rancangan majalah 3 lama2 kat saluran emas Hypp TV. Kauorang tau apa benda ni?. Bagi kita yang hidup dalm dunia serba kemodenan...jangan mimpila nak kenal benda ni. Usahkan mimpi nak jumpa pun belum tentu. Namanya Gobek api.

Apa gunanya?. Nila  pemetik api atau mancis pada zaman dahulu kala. Bukan zaman dinosaur ye...tapi kira2 pada zaman penjajahanla...masa tu zaman kesukaran maka macam2 usaha dibuat untuk kelangsungan hidup. Namun ia semakin dilupakan ketika kemunculan mancis di tanah Melayu

Biasanya diperbuat daripada tandok kerbau ataupun gading gajah. Cara penggunanya...mula2 cabut penjoloknya kemudian dihujungnya tu letakkan gabus pokok kabung yang telah dikeringkan...kemudian masukkan kedalam lobang..dan ditepok kuat2 dan tarek cepat2...kita akan dapati gabus tu akan membara dan berasap...letakkan kedalam sabut supaya api hidup membesar.

Mungkin rasa mudah tapi belum tentu senang dibuat. Begitu kreatifnya orang dulu2 buat api...takdanya nak ketuk2 laga batu pun.


SUMBER:  tokpengulu.blogspot.com & sukaatiaku.blogspot.com 

Comments

Popular Posts