Oh NO-KIAH!

Nokia adalah satu jenama handphone ternama di serata dunia.  Tapi tahukah anda bagaimana handphone tersebut diberi nama? Rasanya kenapala ada yang diberi nama N-gage, ada plak bermula dengan angka 6 atau 7. Mungkin bagi anda tak memberi apa2 makna...lantakla nak panggil apa, janji handphone aku canggih beb!.

Ok..bagi yang  nak tau teruskan membaca...yang taknak...buatla acara bebas.

1000 “Ultrabasic”
Semua Nokia yang bermula dengan angka 1 atau dalam lingkungan 1000, adalah yang paling murah dan dipasarkan semula untuk menguasai pasaran. Secara amnya siri ini dapat digunakan secara handpone sejati...bual call dan sms dengan cukup baik. Namun siri ini kurang mendapat sentuhan teknologi high-end. Old scool beb...stok baling anjing ok lagi ni.
“Basic”
Nokia siri 2000 atau yang bermula dengan angka 2  juga masih dalam kategori murah...bezanya siri ini sudah mendapat sentuhan teknologi high-end seperti bluetooth dan kamera. Canggihla sikit.

3000 “Expression”
Siri murah yang ditampilkan secara kreatif dengan layar warna, boleh ambik gambar, mendengar muzik (mp3) dan ada sambungan ke komputer.

4000
Untuk alasan tertentu, Nokia tak mulakan dengan angka 4. Setakat ini takda lagi penjelasantapi secara teorinya mungkin kerana bag pasaran orang asia yang percaya kalau nombor 4 itu berhubung kait dengan "mati" (dari bahasa mandarin)

5000 “Active”
Bermula dengan angka 5 ditujukan untuk mereka yang aktif, yang mana biasanya direka untuk menemani anda berjogging atau untuk pengemar muzik..layan goyang kepala...yehhhh!!.

6000 “Classic Business”
Baca nama pun tau ini bertujuan 'Business'. Walaupun masih basic, siri ini sudah dilengkapi teknologi high-end namun serinya ke-'nice'-an seperti mula hilang kerana banyak handphone kepala 6 yang dilancarkan. Yang ini aku sendiri pun tak faham.

7000 “Experimental”
Siri ini lebih kepada "percubaan” jadi jangan heran kalau handphone dengan angka depan 7 memiliki banyak kejanggalan disana-sini.

8000 “Premium”
Siri yang sudah premium dan bukanla sesuatu yg murah. Kira dah tahap mampu je boleh beli...tapi rasanya sekarang semua boleh kot, budak sekolah pun pakai canggih2 dah.

9000 “Communicator”
Siri yang 'meletup' dalam tahun 2005. Penampilan yang menarik dan seolah2 menjadi lambang kekayaan bagi si pengguna. Ini juga ibarat bayi sulung sebelum munculnya E-series kerana  ia menggunakan OS GEOS, bukan Symbian.

E-Series

E bermaksud 'Enterprise'...maka ianya berorientasikan business  dengan design yang minimum, gaya yang lengkap dan sangat responsif.

N-Series
Nokia sekali lagi berusaha memasukkan semua 'gadget' dalam bentuk handphone. Pada zaman dahulu..handphone macam ni impian yang  cuma ada di dalam filem2 sains fiction. Daya tahan bateri sangat baik untuk kelancaran ketika pelbagai aplikasi dijalankan.


Tak kira apa jenis pun bagi aku Nokia ni mudah nak guna...tak serabut sangat. Kira user friendly la...apa anda rasa?

SUMBER: www.google.com

Comments