Ingat Doraemon ke?

Salam sejahtera. Kematian suatu yang ditakuti semua...ianya tak mengira siapa, dimana dan bagaimana...pasti semua akan merasa bila tiba masanya nanti. Rasa kesedihan dalam diri pasti melanda dikala kita kehilangan mereka yang tersayang.

Berlainan pula halnya bagi seorang 'artist' ni...Bart Jansen telah kehilangan kucing kesayangannya yang diberi nama Oliver Wright (sempena pereka kapal terbang), akibat dilanggar kereta. Untuk menunjukkan rasa sayangnya(sayangla sangat)beliau telah bekerjasama dengan seorang pengendali rc helikopter, Arjen Beltman, menjadikan bangkai kucingnya terbang.


Agak luar biasa caranya menunjukkan rasa kesedihan...bagi aku ni betul2 kurang ajar. Setiap yang mati harusla dihormati dengan menguruskan pengebumian yang terakhir bukan buat main2. Nila akibat jika kematian dibuat suatu kesenian. Tunggula giliran dia nanti..cuba buat macam ni gak.


SUMBER:  www.dailymail.co.uk